| AIR TERJUN | Air terjun ialah air sungai atau air anak sungai yang jatuh secara mendadak. Air terjun biasanya terjadi apabila sebatang sungai merentasi batuan pejal yang tahan terhadap hakisan (lihat Hakisan ). | UMUM | |
| MENYELAM | Menyelam ialah aktiviti berenang di bawah permukaan air sambil menahan nafas atau bernafas menggunakan tangki udara termampat. Istilah ini umumnya merujuk kepada selam tahan nafas , iaitu bentuk menyelam yang paling tua dan paling ringkas. Menyelam dengan menggunakan bantuan tangki udara dikenali sebagai selam skuba . | UMUM | |
| LILIN | Lilin ialah bahan lemak yang digunakan dengan meluas sebagai salutan perlindungan bagi pelbagai permukaan. Ia tahan terhadap udara, air dan perubahan kimia. Kebanyakan lilin adalah pepejal pada suhu bilik. Ia menjadi lembut apabila dipanaskan. Perkataan wax dalam bahasa Inggeris bagi lilin berasal daripada perkataan Anglo-Saxon weax, yang bermakna beeswax (lilin lebah). | UMUM | |
| TITANIUM | Titanium ialah unsur kimia dengan simbol Ti : Ia adalah logam yang ringan, berwarna kelabu perak. Nombor atomnya ialah 22, dan berat atomnya ialah 47.88. Ketumpatan titanium adalah antara ketumpatan aluminium dengan keluli tahan karat. Ia melebur pada 1667 ° C ( _ 10 ° C) dan mendidih pada 3287 ° C. Titanium tahan terhadap kakisan atau karat air laut atau udara laut dan juga sebaik platinum dan lebih baik daripada keluli tahan karat. Banyak asid dan alkali yang mengakis tidak menjejaskan titanium. | UMUM | |
| SEDUM | Sedum ialah genus (kumpulan) bagi kira-kira 600 spesies tumbuhan hiasan dan tahan lasak. Kebanyakan sedum berasal dari Zon Sederhana Utara. Ia adalah tumbuhan sukulen, atau tumbuhan yang menyimpan air dalam daunnya yang tebal, berisi (lihat Sukulen ). Bunganya berbentuk bintang, berwarna kuning, samar, dan putih, yang biasanya tumbuh kuntum bunga yang leper. Sesetengah sedum mempunyai batang yang rendah, menjalar. Daunnya sering tumbuh bergugus berhampiran dengan tanah. Ia sering digunakan untuk menutupi batu-batan dan tanah gondol. Yang lain mempunyai batang yang tinggi dan digunakan sebagai tumbuhan tepi. Ia juga kadangkala dikenali sebagai stoneerop. Pengelasan saintifik. Sedum tergolong dalam famili orpain, Crassulaceae. Ia dikelaskan dalam genus Sedum. | UMUM | |
| TERRACOTTA | Terracotta ialah sejenis barang tembikar yang keras dan tahan lama. Seperti barang tembikar yang lain, terracotta dibuat daripada sejenis tanah liat yang dibakar. Warnanya berbagai-bagai, iaitu daripada warna kuning pucat dan warna coklat hinggalah kepada berbagai-bagai warna merah. Terracotta biasanya tidak diglis. Terracotta digunakan dengan meluas untuk membuat pasu bunga, air pancut, jubin, hiasan seni bina, dan arca hiasan taman. Oleh sebab terracotta mudah dibentuk, ramai pengarca menggunakannya untuk membuat model awal. Terracotta berkembang pada zaman prasejarah. Orang Yunani dan Rom purba menggunakan bahan ini untuk membuat objek hiasan, di samping talang, paip, dan bahan binaan lain. Perkataan terracotta berasal daripada perkataan Itali yang bermaksud “tanah masak”. | UMUM | |
| SHE-OAK | She-oak termasuk 70 spesies pokok renek dan pokok di kawasan Pasifik Barat, khususnya Australia. Ia berbeza-beza daripada pokok renek kerdil yang hanya satu meter tingginya, hingga kepada oak sungai, yang sehingga 30 meter tingginya. Peneroka awal menggunakan kayu she-oak sebagai sirap. She-oak tidak berkaitan dengan oak Eropah, tetapi kayu kedua-dua pokok ini adalah serupa. She-oak digunakan untuk pagar pokok dan tampan angin. Ia juga tahan terhadap air garam dan boleh ditanam di pantai. Pengelasan saintifik. She-oak tergolong dalam famili Casuarinaceae dan genus Casuarina. | UMUM | |
| SYCAMORE | Sycamore ialah sejenis pokok mapel yang berasal dari tengah dan tenggara Eropah. Ia ditanam dengan meluas di bahagian-bahagian lain di dunia. Pokok ini hidup subur dalam iklim yang sejuk, lembap, biasanya di antara pokok-pokok lain. Walaupun sycamore lebih subur di tanah yang dalam, tersalir dengan baik tetapi ia boleh tahan terhadap kebanyakan keadaan, sekalipun tempias air laut. Sycamore tumbuh sehingga melebihi 60 meter tingginya. Pokok yang matang mempunyai silara berbentuk bulat. | UMUM | |