Tarian rakyat adalah tarian tradisional sesuatu bangsa atau kumpulan etnik. Sepanjang sejarah, hampir setiap budaya mengasaskan tarian rakyat mereka yang tersendiri. Tarian rakyat diwariskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Manusia telah mencipta lagu tarian , sejenis muzik rakyat, untuk mengiringi kebanyakan tarian. Kebanyakan tarian rakyat asalnya merupakan satu bentuk keramaian, amalan keagamaan, atau suatu kaedah untuk mengawal kuasa misteri. Bentuk dan gerakan kebanyakan tarian ini berdasarkan kepercayaan tahayul. Misalnya, beberapa tarian rakyat awal ditarikan dalam bentuk bulatan kerana manusia percaya bahawa bentuk ini mempunyai kuasa ajaib. Dalam sesetengah budaya awal, gerakan yang membentuk bulatan dipercayai membawa nasib yang baik atau menghalau kuasa jahat. |