Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tahun baru cina


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAHUN BARU CINAPerayaan yang disambut oleh masyarakat CinaBUDAYAPerayaan/Upacara
CAPGOME

Capgome, juga dieja Cap Goh Mei ialah hari yang menandakan tamatnya perayaan Tahun Baru Cina. Ia juga dikenali sebagai Yuanxiao, Shangyuan dan Xiao Guonian.

BUDAYAPerayaan/Upacara
SASTERA PERANAKAN

SASTERA PERANAKAN, bentuk sastera yang dihasilkan oleh masyarakat Cina Peranakan di Malaysia.  Ia juga dikenal sebagai Sastera Baba.  Masyarakat Cina Peranakan menghasilkan sastera ini pada abad ke-19, iaitu sebelum Perang dunia Kedua.  Sastera ini ditulis dalam bahasa Melayu.  Karya sastera  peranakan banyak tersiar dalam akhbar dan majalah seperti  Bintang  Timur, Bintang Peranakan, Khabar Ucapan Baru dan  Straits Chinese Magazine yang diterbitkan di Singapura antara tahun 1894 hingga tahun 1930.

SASTERAKonsep
ZURAINA MAJID, DATO'

ZURAINA MAJID, Dato’ (1944-     ), ahli arkeologi. Dia lahir pada 5 Oktober 1944 di Kuala Lumpur.  Nama sebenarnya ialah Siti Zuraina binti Abdul Majid.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Baru dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Selepas itu dia melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya dan lulus ijazah Sarjana muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Pengajian Cina pada tahun 1967.  Zuraina menyambung pelajaran pada peringkat sarjana di Cambridge University, United Kingdom dan memperoleh M.A. dalam Oriental Studies pada tahun 1971.  pada tahun 1978, dia memperoleh Ph.D dalam bidang antropologi dari Yale University, Amerika Syarikat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas