TAIPING | TAIPING, pusat pentadbiran di Perak semasa pemerintahan British. Taiping mengalami perkembangan yang bertambah pesat setelah menjadi ibu kota. Bai mengendalikan urusan pentadbiran, beberapa infrastruktur telah dibina termasuklah bangunan hospital, balai polis, penjara, gudang, rumah penginapan dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan awam seperti bekalan air bersih, perpustakaan dan sistem perhubungan telegraf turut disediakan. Perkhidmatan kereta api penumpang juga diperkenalkan di Taiping dan memulakan perkhidmatan antara bandar tersebut dengan Port Weld (kini Kuala Sepetang) pada 12 Februari 1883. bagi memudahkan kegiatan mengeksport bijih timah melalui Port Weld, pelabuhan tersebut dipertingkatkan agar dapat memberikan kemudahan yang lebih memuaskan. Sebuah hospital iaitu Hospital Yang Wah yang mempunyai 900 katil telah didirikan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MAKTAB MELAYU TAIPING | MAKTAB MELAYU TAIPING, maktab perguruan yang pertama di Perak. Maktab ini ditubuhkan pada bulan Julai 1898. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SERI PERAK | SERI PERAK, akhbar mingguan. Akhbar ini muncul pada awal bulan Jun 1893 dan diterbitkan oleh Taiping Press, milik Sayid Abul Hassan Burhan, di Taiping, Perak. Usaha Taiping Press ini merupakan usaha yang pertama oleh mana-mana pihak untuk menerbitkan sebuah akhbar berbahasa Melayu di negeri-negeri Melayu yang bernaung di bawah pemerintahan Biritsh pada masa itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
JAJAHAN MELAYU, | JAJAHAN MELAYU, akhbar mingguan. Akhbar ini diterbitkan di Taiping, Perak, pada 4 November 1896 oleh Sayid Abul Hassan bin Burhan yang berasal daripada keturunan Jawi Peranakan. Sebelum ini, Sayid Abul Hassan menerbitkan akhbar Seri Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Karya |
ISMAIL KHAN, TAN SRI | ISMAIL KHAN, Tan Sri (1905- ), anak Melayu pertama dilantik menjadi Hakim Besar Borneo. Dia lahir pada 18 Jun 1905 di Taiping Perak. Ayahnya bernama Ibrahim Khan dan ibunya Zainab binti Mahmudin. Dia menerima pendidikan awalnya di Sekolah Rendah King Edward VII dan meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah St. Georges, Taiping hingga bulan Januari 1923. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SYED ALWI SYED HASSAN, DATO' | SYED ALWI SYED HASSAN, Dato’ (1930-2008), penulis dan pengarah drama. Beliau lahir pada 29 Mac 1930 di Pondok Tanjung, Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pondok Tanjung, kemudian melanjutkan pelajarannya di Sekolah Inggeris King Edward VII, Taiping. Selepas itu, beliau berpindah ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Kangsar sehingga memperoleh Sijil Pelajaran Cambridge pada tahun 1950. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Kewartawanan dan Seni Teater (1953-1958) dari Universiti Minassota, Amerika Syarikat. Sumbangannya terhadap bidang teater, filem dan televisyen di Malaysia membolehkan Syed Alwi menerima Hadiah Pelajaran Tabung John D Rockeffeler III untuk mengkaji perkembangan teater dan filem semasa di Amerika Syarikat dari April hingga Jun 1980. | BUDAYA | Tokoh |
MUSTAPHA HUSSAIN | MUSTAPHA HUSSAIN (1910-1986), nasionalis. Dia lahir pada 21 Ogos 1910 di Matang, Taiping, Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
USUL AL-TAUHID | USUL AL-TAUHID, kitab karangan Syekh Husein Nasir bin Muhammad Raiyob al-Mas’udi al-Banjari. Judul lengkap kitab ini ialah Usul al-Tauhid fi Ma’rifat Turuq al-Iman li al-Rab al-Majid. Pengarang kitab ini lebih dikenali dengan nama Tuan Hussein Kedah. Kitab ini diselesaikan penulisannya pada tahun 1927. Manuskrip asli kitab ini belum ditemui. Beberapa edisi cetakannya yang awal yang dapat dikesan ialah edisi cetakan ketiga atas perintah Sultan Iskandar Syah, Perak. Cetakan tersebut dilakukan oleh Matba’ah Zainiyah, Taiping, Perak pada tahun 1936. Dari cetakan ketiga ini dapat diketahui bahawa cetakan pertama pada tahun 1928 dan cetakan kedua pada tahun 1933 juga oleh Matba’ah Zainiyah, Taiping, Perak. Cetakan ketiga mengandungi 57 halaman. Selain itu kitab ini juga turut dicetak oleh The United Press, Pulau Pinang, pada tahun 1393 H. dengan usaha Haji Abdullah bin Muhammad Nuruddin al-Rawa, cetakan ini mengandungi 83 halaman. Cetakan terakhir ini ditashih oleh Yusuf al-Rawa. | SASTERA | Kitab |
BUKIT GANTANG | BUKIT GANTANG, kampung yang terletak di daerah Larut, lebih kurang 10 km dari bandar Taiping, Perak. Menurut sejarah, Bukit Gantang bermula hanya sebagai sebuah perkampungan kecil orang Melayu yang terpencil terletak di pinggir banjaran Gunung Bintang. Bukit Gantang terus mengalami perubahan dan perkembangan pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (Sultan Perak ke –13) yang memerintah dari tahun 1728 hingga tahun 1756. Bukit Gantang menjadi penting kerana kedudukannya yang strategik dan merupakan laluan utara-selatan Perak. Di samping itu, Bukit Gantang juga sebagai laluan pemisah di antara Larut (kawasan bijih timah mula ditemui) dengan Kuala Kangsar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SEKOLAH MENENGAH KING EDWARD VII | SEKOLAH MENENGAH KING EDWARD VII, Sekolah Menengah Kerajaan. Sejarah Sekolah Menengah King Edward VII bermula pada bulan Julai 1883 dengan penubuhan Central School. Sekolah ini terletak di bandar Taiping, Perak sebagai memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat kesan daripada perkembangan pesat perlombongan bijih timah terutama di kawasan Kemunting dan kawasan Kelian Pauh. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |