Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taq.dir] | تقدير

Definisi : = ~ Allah = takdirullah sesuatu yg ditentu­kan oleh Allah terlebih dahulu, penen­tuan drpd Allah, qadak: suratan ~ di tangan Tuhan; 2. ki untung nasib: jangan berpeluk tubuh sahaja menyerahkan diri kpd ~; 3. = ~nya jikalaulah, seandainya, sekiranya: ~nya terjadi apa-apa kpd diri abang, kpd siapa kami akan bergantung; 4. kalau... pun, meski... pun: ~ pun kita tidak membelinya, orang lain akan membelinya; mentakdirkan menentukan lebih dahulu (oleh Allah), memutuskan lebih dahulu: dia telah ditakdirkan mati dgn cara yg dahsyat;ketakdiran perihal ditakdirkan (ditentukan), ketentuan (nasib dll): sesuatu ~ tiada datang dgn tiba-tiba, tetapi ada garis yg dilaluinya; yg ada sekarang ini, menurut fikiranku ialah buatan orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taq.dir] | تقدير

Definisi : , = ~ Allah apa-apa yg sudah terlebih dahulu ditentukan oleh Allah. takdirnya sekiranya; seandai­nya: ~ dia ditimpa kemalangan, tentu ke­luarga­nya akan mendapat kesusahan. mentakdir­kan menentukan terlebih dahulu (oleh Allah): Allah Yg Maha Kuasa telah ~ kita begini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takdir (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan nasib, untung nasib, ketentuan, qada dan qadar, bahagian, hak, rezeki, suratan, bintang, tuah, habuan, ganjaran;,
Kata Terbitan : takdirnya, mentakdirkan,

Puisi
 

Naik ke bukit bekerja daya,
     Tempat orang menggaji kayu;
Untung nasib takdir saya,
     Bunga kembang menjadi layu.


Lihat selanjutnya...(5)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALISJAHBANA, TAKDIR

Alisjahbana, Takdir lihat Takdir Alisjahbana,

Sultan.

UMUM 
TAKDIR ALISJAHBANA, SUTAN

Takdir Alisjahbana, Sutan (1908–1994) ialah

penulis dan ahli falsafah Indonesia yang terkenal

sebagai perintis bagi pengajian bahasa dan

kesusasteraan Indonesia. Dia menjadi rektor

(presiden) Universitas Nasional Indonesia di Jakarta

pada tahun 1968.

UMUM 
SUTAN TAKDIR ALISJAHBANAKapsyen          :           Sutan Takdir Alisjahbana

 

SUTAN TAKDIR ALISJAHBANA (1908-1994), penulis dan budayawan Indonesia. Dia lahir di Natal, Tapanuli, Sumatera, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Belanda, Bengkulu. Selepas itu dia melanjutkan pengajiannya di Sekolah Penguruan di Bukittinggi, Lahat, dan Muara Enim. Kemudian dia meneruskan pengajiannya di Sekolah Perguruan Tinggi di Bandung, dan Fakultas Hukum, Universitas Indonesia, Jakarta. Seterusnya dia mempelajari ilmu bahasa umum, kebudayaan Asia Timur dan falsafah.

BAHASATokoh
ARMINIUS, JACOBUS

Arminius, Jacobus (1560–1609) ialah ahli

teologi Belanda. Dia cuba memberi satu tafsiran

tentang pandangan penganut berfahaman Calvin

yang amat taksub tentang takdir , kenyataan

bahawa Tuhan telah memilih tanpa syarat, siapa

yang akan diselamatkan dan siapa pula yang akan

dilaknat. Arminius menafikan takdir secara mutlak.

Dia menyampaikan ajaran bahawa takdir

berasaskan bahawa Tuhan mengetahui terlebih

dahulu siapa yang percaya kepada Jesus.

Bagaimanapun, setiap individu masih boleh

menolak seruan murni Roh Kudus dan hilang

penyelamatnya. Oleh itu, adalah tidak benar

bahawa setiap orang akan terjamin untuk

terselamat daripada dosa pembalasan. Doktrin

Arminius ini dinamakan Arminianisme.

UMUM 
QADA' DAN QADARtakdir/konsep suratan nasib dan ketentuan allahAGAMAKonsep
SUDERMANN, HERMANN

Sudermann, Hermann (1857–1928) ialah penulis

drama dan novel Jerman yang dikaitkan dengan

pergerakan naturalisme. Novelnya yang terkenal, iaitu

Dame Care (1887), menceritakan tentang seorang

lelaki muda yang dibebani masalah akibat kegagalan

hidup bapanya. Melalui pengorbanan, anaknya mesti

menempuh cabaran takdir yang berlaku berulang

kali. Regina (1890) merupakan novel sejarah yang

memaparkan perjuangan seorang lelaki menentang

prasangka.

UMUM 
LAYAR TERKEMBANG

LAYAR TERKEMBANG, novel Indonesia karya Sutan Takdir Alisjahbana. Novel ini diterbitkan oleh Balai Pustaka pada tahun 1936.

SASTERAKarya
PUJANGGA BARUPUJANGGA BARU, organisasi sastera Indonesia. Angkatan Pujangga Baru ini ditubuhkan pada tahun 1933. Angkatan ini pada mulanya dikenal sebagai Angkatan 30 dan kemudian dikenal sebagai Pujangga Baru setelah terbitnya majalah Pujangga Baru pada tahun 1933. majalah yang dipimpin oleh Armijn Pane dan Sutan Takdir Alisjahbana ini menyebarkan dan memperjuangkan cita-cita Pujangga Baru yang berhubung dengan kesusasteraan dan kebudayaan. Penerbitan majalah ini adalah untuk menyatukan para pengarang karya kreatif di Indonesia.SASTERAInstitusi/Organisasi
PANDJI PUSTAKA

PANDJI PUSTAKA, majalah kebudayaan yang terbit pada 1 dan 15 haribulan setiap bulan. Ia diterbitkan oleh Komumin Toshokyoku (Balai Pustaka), Jakarta pada tahun 1942.  Pandji Pustaka mengandungi 32 halaman.  Alamat redaksi dan pentadbiran yang terakhir adalah di Jalan Pancar, Jakarta.  Majalah ini dipimpin oleh K. Sutan Pamoentjak (Pemimpin Umum) dan Armijn Pane (Pemimpin Redaksi), manakala redaktur budayanya ialah Sutan Takdir Alisyahbana dan H.B. Jassin.

SASTERAPenerbitan
ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU

ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau yang tinggal di Sumatera Barat, Indonesia. Adat perkahwinan Minangkabau mengikut pola sistem nasab ibu. Fungsi terpenting perkahwinan adalah untuk mengakrabkan hubungan  antara kaum, atau menaikkan status dan prestij kaum atau keluarga. Perkahwinan yang paling baik adalah antara anak dengan kemenakan atau anak dengan bako (keluarga sebelah bapa), antara mereka yang telah punya hubungan kerabat dan antara mereka yang sekampung. Baik Islam mahupun adat, melarang perkahwinan sesuku, demi mencegah keterkongkongan suku. Orang yang melanggar adat di pulau atau diusir keluar dari ‘nagari’ (kampung). Satu lagi perkahwinan yang tidak direstui dan melanggar adat ialah perkahwinan dengan janda seorang kerabat, kaum atau tetangga. Orang Minangkabau juga mengamalkan perkahwinan yang unik ialah ganti lapik dan cina buta. Ganti lapik perkahwinan antara seorang duda atau janda dengan saudara pasangannya yang telah meninggal dunia. Perkahwinan ini bertujuan menyambung semula ikatan yang diputuskan oleh takdir. Cina buta disebut juga cendera buta.

 

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas