Avoset ialah sejenis burung randuk yang mempunyai kaki yang panjang, berukuran kira- kira 40 hingga 45 sentimeter. Terdapat empat spesies avoset, iaitu satu di Australia, satu di Amerika Utara, satu di Amerika Selatan, dan satu di Eropah. Bulu avoset kebanyakannya berwarna hitam dan putih. Kepala dan leher avoset Amerika Utara berjalur-jalur perang semasa musim mengawan. Burung ini mempunyai paruh yang panjang, rata, yang melengkung ke atas, dan boleh mengorek-ngorek dasar takungan air cetek. Dengan cara ini, ia dapat memungut hidupan air yang kecil untuk dimakannya. Ia juga makan makanan lain yang terapung di permukaan. Pengelasan saintifik. Avoset termasuk dalam famili avoset dan Recuvirostridae. Avoset Australia ialah Recurvirostra novaehollandiae, avoset Eropah R. avosetta, dan avoset Amerika Utara R.americana. |