Serigala ialah satu daripada anggota yang terbesar dalam famili anjing. Serigala mahir memburu dan mangsa utamanya ialah haiwan bertelapuk, seperti karibu, rusa, elk, dan moose . Ramai orang takutkan serigala. Mereka percaya bahawa serigala menyerang manusia, dan bunyi lolongannya yang menyeramkan menakutkan mereka. Tetapi, serigala seboleh mungkin menjauhkan diri daripada manusia |