TELFORD, THOMAS | Telford, Thomas (1757–1834) ialah jurutera awam Scotland yang terkenal kerana mempertingkatkan kaedah pembinaan jalan raya. Telford menggunakan batu rata yang besar bagi pembinaan tapak jalan raya dan kaedah ini dinamakan mengambil sempena namanya. Telford membina jambatan, terusan, pelabuhan, dan tali air. Dia membina jambatan tergantung Selat Menai yang menyambungkan Pulau Anglesey dengan tanah besar Kaunti Gwynedd di Wales, dan Terusan Ellesmere yang menyambungkan Sungai Mersey, Sungai Severn dan Sungai Dee di England. Dia juga membina Terusan Caledonian di Scotland. Dia lahir di Eskdale, Scotland. | UMUM | |
TALI PAKAL | Tali pakal ialah serat longgar yang diperoleh dengan membuka tali rami lama yang bertar. Serat ini digunakan, terutamanya untuk memakal atau menyumbat kelim kapal kayu supaya ia kedap air. Tukang paip menggunakan tali pakal untuk membalut paip dalam paip sisa. Tali pakal putih , yang diperbuat daripada tali yang bersih, dahulunya digunakan untuk tujuan perubatan, seperti membalut luka. | UMUM | |
TALI LADUNG | Tali ladung, juga dikenali sebagai batu ladung, ialah tali yang mempunyai pemberat di satu hujungnya. Pemberat, yang dikenali sebagai unting-unting , mengekalkan tali tegak ke atas dan ke bawah. Tali ladung digunakan oleh penurap bata dan tukang batu sebagai panduan menegak dalam membina dinding. Juruukur dan jurutera menggunakan tali ladung untuk menegakkan alat lihat yang dikenali sebagai transit pada titik tertentu. Ia juga digunakan bagi menentukan kedalaman air atau penggalian. Tetapi anak kapal di kebanyakan kapal menggunakan alat yang dikenali sebagai fatometer dan sonar untuk mengukur bagi kedalaman air. Lihat juga Kerja ukur (Alat ukur). | UMUM | |
SAUH | Sauh ialah benda berat yang digunakan untuk menetapkan kedudukan kapal atau bot. Jenis sauh yang paling biasa dibuat daripada besi atau keluli. Tali atau rantai besi, yang dinamakan kabel sauh, dilekatkan pada sauh dan seterusnya diikat pada kapal. Apabila sauh diturunkan ke dasar air, ia terbenam ke dalam lumpur untuk menetapkan kedudukan kapal. Kebanyakan kapal besar membawa dua atau lebih sauh. Sauh-sauh ini mesti dinaikkan dan diturunkan oleh win (mesin hela). Membongkar sauh bermakna menarik sauh dari air | UMUM | |