SENI MANIK | Seni manik ialah seni membuat atau menghias objek dengan manik. Ia digunakan untuk mencipta aksesori seperti tali pinggang, jalur leher baju, dan jalur pergelangan tangan; dan untuk menghiasi pakaian, dompet, dan barang-barang yang lain. Barang kemas yang dibuat daripada seuntai manik tidak dianggap sebagai seni manik. | UMUM | |
MAKRAMI | Makrami ialah seni atau teknik untuk membuat barangan dan praktikal hiasan dengan menyimpulkan tali, kord atau benang besar. Hasil seni ini boleh digunakan untuk membuat pakaian, tali pinggang dan dompet dan juga arca, hiasan gantung di dinding serta barangan perhiasan lain. | UMUM | |
PENDING | PENDING, sejenis perhiasan yang diperbuat daripada emas, perak, tembaga, suasa atau kayu yang dipakai di dada atau tali pinggang. Pending asli hanya menggunakan bengkung atau tali pinggang yang dibentuk daripada lipatan kain dan pending dijadikan kepalanya. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KULIT KRAF | Kulit kraf ialah seni membuat barangan daripada kulit untuk dijadikan perhiasan dan kegunaan lain. Kulit lembut dan bulu juga boleh digunakan. Barangan kulit yang paling popular termasuk tali pinggang, beg tangan, pelana dan kasut. Pekerja kulit kraf juga menggunakan kulit untuk mencipta perabot, barang kemas, ukiran dan perhiasan dinding. | UMUM | |
SAPU TANGAN | Sapu tangan ialah sehelai kain kecil yang kita bawa untuk mengesat muka, hidung atau mata. Ia biasanya dibuat daripada kapas atau linen, tetapi ia mungkin juga dibuat daripada renda atau sutera. Orang Yunani dan Rom purba menggunakan sapu tangan pertama yang kita ketahui hari ini. Pada Zaman Pertengahan (dari tahun 400-an hingga 1500 M.), sapu tangan menjadi hiasan. Di Perancis pada tahun 1000- an, orang lelaki dan wanita memakai sapu tangan yang tergantung pada tali pinggang. | UMUM | |