Smetana, Bedrich (1824–1884) ialah penggubah Czech. Dia dan Antonín Dvorák dianggap sebagai pengasas pusat pengajian muzik kebangsaan Czech. Lapan opera Smetana memulakan tradisi opera kebangsaan di Czech. Operanya yang termasyhur ialah The Bartered Bride (1866). Namun, opera yang paling patriotik ialah Libuse (1872). Siri enam puisi simfoninya, Ma Vlast (My Fatherland, 1879) juga terkenal. Ini termasuklah River Moldau yang dikenali ramai. Kuartet Alat Tali dalam E minor autobiografi Smetana iaitu From My Life (1876), mempengaruhi kuartet selepasnya oleh Leo Janácek, penggubah berketurunan Czech. |