Scott, Sir Walter (1771–1832) ialah penulis romantik Scotland. Dia menulis novel sejarah yang dipopularkan dalam satu siri karya yang panjang dikenali sebagai Novel-novel Waverley . Dalam novelnya seperti Ivanhoe, The Heart of Midlothian , dan The Talisman , Scott menunjukkan kebijaksanaannya yang unik mencipta sejarah sosial. Dia mengatur plot dan watak dalam karyanya supaya pembaca dapat menyelami kehidupan kedua-dua golongan bangsawan dan golongan biasa yang terdapat dalam perubahan sejarah yang ganas dan dramatik. |