Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAMAN PERMAINAN

Taman permainan ialah kawasan luar rumah

yang digunakan untuk bermain. Kebanyakan taman

permainan direka khas untuk kanak-kanak, tetapi di

sesetengah negara seperti di Amerika Syarikat,

taman permainan juga menyediakan kemudahan

bersukan untuk orang dewasa. Di negara tertentu

seperti di United Kingdom, kawasan permainan

yang mempunyai kemudahan bersukan dikenali

sebagai padang permainan. Istilah taman permainan

biasanya bermaksud kawasan untuk kanak-kanak

bermain buaian, memanjat kerangka besi dan

kelengkapan permainan yang lain. Rencana ini

hanya mengenai taman permainan jenis yang kedua

ini.

UMUM 
TAMAN TEMA

Taman tema ialah pusat hiburan luar yang

menawarkan aktiviti tunggangan, permainan,

pameran, dan pertunjukan yang berdasarkan satu

atau lebih idea istimewa, atau tema. Penggunaan

tema merupakan perbezaan utama di antara taman

tema dan taman hiburan tradisional. Taman hiburan

menawarkan pilihan pelbagai jenis hiburan, seperti

pengenderaan roller-coaster , roda ferris, kuda

pusing, dan permainan sampingan termasuk baling

kelapa, dan galeri sasar. Taman tema menawarkan

hiburan berkaitan antara satu sama lain dengan idea

yang biasa seperti hidupan liar, pengembaraan

angkasa, atau cara manusia hidup pada zaman

silam. Di dalam taman hiburan, pengunjung perlu

membayar untuk setiap permainan, tunggangan,

atau hiburan lain secara berasingan. Di dalam taman

tema, pengunjung biasanya membayar sekali gus

untuk masuk dan menyertai semua acara permainan

dan hiburan.

UMUM 
TAMAN BIMBINGAN KANAK-KANAK

Taman bimbingan kanak-kanak ialah

sekolah yang khusus bagi kanak-kanak yang

berumur tiga atau empat tahun. Kanak-kanak ini

belajar melalui pelbagai permainan dan aktiviti

yang diselia oleh guru-guru yang dilatih khas.

Taman bimbingan kanak-kanak, juga dipanggil

prasekolah, membantu kanak-kanak membina

kemahiran intelektual dan fizikal serta belajar

menyesuaikan diri sebagai ahli sesuatu kumpulan.

Sekolah ini juga mengajar aspek penjagaan

kesihatan yang baik dan amalan keselamatan serta

menggalakkan mereka berdikari.

UMUM 
PERMAINAN KASUT RODA

Permainan kasut roda ialah suatu bentuk sukan

dan rekreasi, di mana pemain meluncur dengan

menggunakan kasut roda . Sesetengah orang

meluncur di laluan jalan kaki dan di kawasan taman,

sementara yang lainnya meluncur di gelanggang

luncur dalam bangunan bersama iringan muzik.

Ramai juga yang mengambil bahagian dalam

pertandingan permainan kasut roda. Joseph Merlin,

pereka cipta dan juga tukang pembuat alat muzik

Belgium telah mencipta kasut roda kira-kira pada

tahun 1760.

UMUM 

Kembali ke atas