Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ lagi lebih-lebih lagi, (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUAK

Puak ialah istilah yang digunakan untuk

menyatakan kumpulan sosial manusia tertentu.

Kebanyakan sarjana tidak menyukai akan istilah ini

kerana ia tidak mempunyai erti yang tepat dan

telah digunakan secara meluas kepada kumpulan

yang amat berbeza. Tambahan pula, ada yang

mengatakan perkataan puak itu menjijikkan dan

tidak tepat. Kebanyakan orang lebih menggemari

perkataan yang lebih neutral seperti kumpulan

etnik, negara atau orang .

UMUM 
SINDROM DOWN

Sindrom Down, sebelum ini dikenali sebagai

Mongolisme, adalah satu gangguan yang wujud

semasa kelahiran. Keadaan ini dicirikan oleh

kecacatan mental dan ciri-ciri fizikal seperti bentuk

mata juling ke atas, hidung pipih, kepala kecil,

tangan pendek dan kontot. Tambahan pula, telinga

dan gigi adalah kecil dan berbentuk tidak normal.

UMUM 
SADDUCEES

Sadducees ialah anggota satu kumpulan agama

Yahudi yang pernah bergiat di Judea, Palestin,

sehingga tahun 70 M. Puak Sadducees mendapat

pengaruh di Judea selepas Judea menjadi provinsi

Empayar Rom pada tahun 63 S.M. Mereka

menentang sekumpulan orang Yahudi yang dikenali

sebagai Farisi dari segi kepercayaan dan amalan

keagamaan. Tidak seperti orang Farisi, mereka hanya

menerima hukum bertulis Bible Ibrani, dan enggan

mengiktiraf Hukum Lisan sebagai wajib ke atas

mereka. Tambahan pula, puak Sadducees tidak

mempercayai keabadian, seperti yang dipercayai

oleh orang Farisi. Mereka mengatakan bahawa roh

mati bersama dengan jasad. Mereka juga percaya

bahawa semua orang mempunyai kuasa memilih dan

bertanggungjawab terhadap segala kebaikan atau

keburukan yang berlaku pada mereka. Lihat juga

Farisi.

UMUM 
KESUSASTERAAN JEPUN

Kesusasteraan Jepun tergolong sebagai

salah satu kesusasteraan agung dunia. Ia

menggambarkan pelbagai ciri masyarakat Jepun,

seperti kepatuhan mereka terhadap adat resam

dan juga kepekaan mereka terhadap alam sekitar.

Orang Jepun mungkin telah menghasilkan bahan

sastera bertulis yang pertama pada tahun 500-an M.

Tetapi Jepun telah begitu lama mengasingkan diri

daripada dunia luar. Tambahan pula, bahasa tulisan

mereka amat sukar untuk dikuasai. Oleh yang

demikian, sastera Jepun hampir tidak diketahui

oleh dunia luar sehingga tahun 1900-an.

UMUM 
PRRIPRRI, pemerintahan yang dibentuk oleh pemimpin politik dan tentera di Sumatera Tengah, Indonesia, pada 15 Februari 1958. PRRI ialah singkatan Pemerintahan Revolusioner Rakyat Indonesia dan diisytiharkan oleh Kolonel Ahmad Husein dengan Sjafruddin Prawiranegara sebagai Perdana Menterinya. PRRI dilancarkan oleh sebab timbulnya rasa tidak puas hati pemerintah daerah terhadap pemerintah pusat. Alasan utama ialah ketidakadilan dari segi pengagihan sumber kewangan yang diberikan oleh pemerintah pusat kepada daerah. Pihak daerah telah memberi sumbangan misalnya dari segi hasil eksport yang lebih besar daripada agihan yang diperuntukkan oleh pusat kepada daerah. Mereka juga menuntut supaya diperluaskan hak autonomi daerah. Tambahan pula, Presiden Sukarno semakin condong kepada Parti Komunis Indonesia (PKI). Hal inilah yang mendorong daerah untuk melepaskan diri daripada pemerintah pusat.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
KESUSASTERAAN AMERIKA

Kesusasteraan Amerika tidak boleh

diterjemahkan dalam satu takrifan yang ringkas.

Kesusasteraan ini mencerminkan banyak tradisi

keagamaan, sejarah, dan budaya penduduk

Amerika, salah satu daripada negara yang

mempunyai penduduk berbilang kaum di dunia.

Ia termasuklah puisi, fiksyen, drama dan jenis

karya-karya lain oleh pengarang yang bermastautin

di Amerika Syarikat. Selain itu, kesusasteraan

ini juga meliputi bahan bukan bertulis seperti

kesusasteraan lisan orang asli Amerika serta cerita

rakyat dan legenda yang telah diwarisi turun-temurun.

Tambahan pula, kesusasteraan Amerika

meliputi laporan bertulis tentang Amerika oleh

para pendatang dan pelawat dari negara lain,

selain karya penulis berketurunan Amerika yang

menghabiskan sebahagian atau seluruh hidup

mereka di luar negara.

UMUM 

Kembali ke atas