Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.ba/] | تمبق

Definisi : 1. timbunan tanah dll utk menahan air, bendung, benteng, gili-gili; 2. jalan dll yg dibuat drpd timbunan tanah dll menyeberangi selat (tanah bencah dll): kalau hendak mem­buat jalan kereta api di tanah pamah pula, maka terpaksa dibuat ~ yg bertepi curam; 3. kolam di tepi laut (diberi berbatas) utk memelihara ikan, tebat; menambak 1. menimbunkan (melonggok­kan) tanah dll supaya tinggi: ia melihat tanah yg tinggi spt ditambak; 2. menimbun (lubang dll) dgn tanah dll, menimbus: jika jalan itu becak hendaklah ditambak supaya air hujan tidak bertakung; 3. menurap jalan dll dgn ta­nah, melepa, menampali; 4. membina tam­bak pd, membuat benteng pd, memben­tengi dgn tambak: mereka sedang ~ tebing sungai itu dgn tanah; 5. ki memberi (barang) banyak-banyak kpd, menghadiahkan banyak-banyak; 6. ki melepa ubat pd, membubuh ubat (pd luka dll); 7. ki menahan atau menyekat sesuatu (supaya jangan keluar dll), memben­dungi; ~ gunung menggarami laut prb mem­beri pertolongan kpd orang yg sekali-kali tidak perlu ditolong; penambak sesuatu yg dijadikan tambak (tanah, batu, dll): tanah itulah hendak di­buatnya ~ di seberang sini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.ba/] | تمبق

Definisi : Br dapur berbentuk segi empat yg dibuat drpd tanah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.ba/] | تمبق

Definisi : ~ dapur sj ikan laut, Parastromateus niger. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.ba/] | تمبق

Definisi : 1 timbunan tanah dll utk me­nahan air; bendung. 2 jalan dsb drpd timbunan tanah dll yg dibina menyeberangi selat dll: ~ Johor. menambak 1 menimbuni sesuatu dgn tanah dll supaya tinggi: ~ paya. 2 menimbus lubang dgn tanah, pasir dll: Tempat-tempat yg berlubang dan yg lekuk ditambak dgn tanah. 3 membuat atau membina tambak pd sesuatu; membenteng dgn tambak: Mereka ~ tebing sungai dgn tanah. penambakan perihal atau perbuatan menambak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tambak (kata nama)
Bersinonim dengan benteng, tembok, bendungan, tebat, empangan, ban, daik, permatang, tanggul, gili-gili, embarau, padak, ambak, dinding, bakut, buruj;,
Kata Terbitan : menambak,

Puisi
 

Nisan batu tambak belian,
     Jari jangan diberi luka;
Amanah ibu bapa pesan,
     Janji jangan diberi lupa.


Lihat selanjutnya...(10)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAMBAK RAKSASA

Tambak Raksasa merupakan pembentukan

palam batu luar biasa di sepanjang pantai utara

Ireland Utara. Tambak ini mendapat namanya

daripada legenda lama bahawa tambak tersebut

dibina oleh Finn MacCool, juga dikenali sebagai

Fingal, untuk menghubungkan terusan dari Ireland

ke Scotland supaya raksasa boleh melaluinya. Finn

MacCool, ketua sepasukan pahlawan Ireland,

menjadi watak dalam banyak cerita Ireland purba.

Tambak ini terdiri daripada kira-kira 40 000 palam

basalt yang terjadi dengan jarak yang amat dekat

antara satu sama lain. Sesetengah palam tingginya

sehingga enam meter. Garisan pusat palam itu

antara 35 sentimeter hingga 50 sentimeter. Ahli kaji

bumi mempercayai bahawa tambak ini terjadi hasil

daripada pengecutan aliran lahar.

Lihat juga Basalt.

UMUM 
KIAI HAJI HASHIM ASYHARIKIAI HAJI HASHIM ASYHARI (1871-1947), ulama Indonesia, salah seorang pengasas Nahdathul Ulama, dan pondok pesantren Tebu Ireng (Jawa Timur). Dia lahir pada 14 Februari 1871 di pesantren Nggendang (Tambak Beras), Jawa Timur. Nama sebenarnya ialah Muhammad Hasyim. Ayahnya, Kiai Hasyim, dilahirkan di Demak (Jawa Tengah), mendirikan pesantren Keras, di Jombong (Jawa Timur).salasilahnya menunjukkan bahawa dia berasal daripada salah satu kerabat Jawa (Panjang). Selepas kematian isterinya pada tahun 1893, dia bersama guru yang juga bekas mentuanya pergi belajar ke Makkah.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SUNGAI TIBER

Sungai Tiber ialah sungai ketiga terpanjang di

Itali selepas Sungai Po dan Sungai Adige. Sungai

Tiber berpunca dari Pergunungan Apennines di

bahagian tengah Itali, yang mempunyai ketinggian

1268 meter di atas aras laut. Sungai ini mengalir

sejauh 390 kilometer melalui Pergunungan

Sabine, iaitu satu banjaran Pergunungan

Apennines, kemudian melalui Rom dan terus ke

Laut Tyrrhenian (lihat Itali [peta rupa bumi]). Ia

mengalir ke laut melalui cawangan-cawangannya

di Ostia dan Fiumicino. Sungai Tiber sering

melimpahi tebingnya. Tambak banjir telah dibina

di Rom.

UMUM 

Kembali ke atas