| TEKSI | Teksi ialah kereta untuk disewa. Ia merupakan sebahagian daripada sistem pengangkutan yang penting di kota atau bandar moden. Undang-undang tempatan biasanya menetapkan kadar yang maksimum untuk teksi. Hampir kesemua teksi menggunakan meter yang menunjukkan tambang bagi jarak yang dilaluinya. Alat ini dicipta oleh Wilhelm Bruhn pada tahun 1891. Sesetengah bandar mempunyai tambang teksi mengikut zon. Teksi boleh mengenakan tambang tambahan apabila melalui sebuah zon ke zon yang lain. Lihat juga Beca; Lanca. | UMUM | |
| RAJA KECIL | RAJA KECIL ( ? -1746), Sultan Johor-Riau (1718-1722). Baginda menduduki takhta kerajaan Johor pada tahun 1718 dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah. Menurut Sejarah Melayu, Raja Kecil mendakwa baginda adalah putera Sultan Mahmud (Marhum Mangkat Dijulang) dan ibunya, Encik Pong. Raja Kecil dibesarkan di istana Minangkabau. Baginda mendapat kebenaran daripada Puteri Jamilan mengembara ke Tambang, Limon, Batanghari, Palembang, Johor, Lawas, Siantan, Bangka dan akhirnya pulang semula ke Minangkabau. Ketika berada di Lawas, Raja Kecil berkahwin dengan anak Dipati Mata Kucing. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| CIF | CIF, nilai jualan barang di pasaran. Singkatannya berasal daripada perkataan Cost (kos), Insurance (Insurans) dan Freight (Tambang). | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |