TAN | Tan ialah nama tiga unit berlainan yang digunakan untuk mengukur berat dan kapasiti. Unit-unit itu ialah <i> tan panjang i>, <i> tan pendek i>, dan <i> tan metrik i>. Tan panjang dan tan pendek sering digunakan di Amerika Syarikat, tetapi tan metrik digunakan oleh hampir semua negara lain. Tan panjang bersamaan 1016 kilogram, tan pendek bersamaan 907 kilogram, dan tan metrik bersamaan dengan 1000 kilogram. Lihat juga Pengukuran (Mengukur berat); Sistem metrik; Timbangan dan ukuran. | UMUM | |
TAN-TAN | TAN-TAN, kerajaan awal di Nusantara. Namanya mula-mula sekali muncul dalam catatan sumber China, <I style="mso-bidi-font-style: normal">Sui-shuI>, bersama-sama dengan 10 buah kerajaan lain, antaranya ialah Pan-pan, Chih-tu dan To-lo-mo, yang menghantar perutusan ke negeri China dari tahun 605 M. hingga tahun 616 M. Lokasi kerajaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi. Ada yang mengatakan ia terletak di India dan ada pula yang mengandaikan ia terletak di Pulau Natuna. Menurut Paul Wheatly, Tan-tan terletak di salah sebuah kuala sungai selepas kuala Sungai Kelantan, iaitu kuala Sungai Besut atau Sungai Terengganu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
TAN CHEE KHOON, TAN SRI | Tan Chee Khoon (1919– ) ialah ahli politik yang popular dan dikenali sebagai <I>Mr. Opposition I> (pembangkang) kerana peranan yang dimainkannya dalam parlimen Malaysia. | UMUM | |
TAN MALAKA | Tan Malaka (1896?–1949) ialah komunis berbangsa Indonesia. Dia memainkan peranan penting dalam perjuangan negaranya untuk memperolehi kemerdekaan dari Belanda. Tan Malaka lahir di Minangkabau, Sumatera. Nama sebenarnya ialah Sutan Ibrahim. Pada tahun 1912, ibu bapanya telah memberikan gelar <i> Tan i> <i> Malaka i>kepadanya. Pada tahun 1913, dia melanjutkan pelajaran ke Belanda dan dia mula tertarik kepada Komunisme. | UMUM | |
TAN TOCK SENG | Tan Tock Seng (1798–1850) menjadi pemimpin komuniti Cina di Singapura. Pada tahun 1844, dia dilantik sebagai jaksa pendamai. Tan Tock Seng lahir di Melaka. Dia tiba di Singapura pada tahun 1819. Dia memulakan perniagaannya dengan menjual sayur-sayuran, buah-buahan, dan ayam. Kemudian dia membuka kedai kecil. Perniagaannya berkembang dan dia menggunakan kekayaannya untuk membantu pendatang Cina yang lain. Pada tahun 1844, dia membina hospital yang pertama di Singapura bagi membantu orang Cina yang miskin. Hospital tersebut, yang masih lagi menggunakan namanya, merupakan salah sebuah hospital terbesar di Singapura. | UMUM | |
TAN KAH KEE | Tan Kah Kee (1874–1961), ahli perniagaan Singapura, dan salah seorang usahawan, dermawan dan pemimpin politik yang terkemuka di Asia Tenggara. Dia menubuhkan beberapa buah sekolah di Singapura dan selatan China. | UMUM | |
TAN AIK HUANG | Tan Aik Huang, pemain badminton Malaysia. Dia lahir pada 14 Februari 1946 dan merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Fizik dari Universiti Malaya. | UMUM | |
RAZALI ISMAIL, TAN SRI | Razali Ismail, Tan Sri (1939– ) ialah Presiden Sesi ke-51, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari September 1996 hingga September 1998. Dia ialah orang keempat dari rantau Asia Tenggara yang dilantik ke jawatan tersebut dalam masa 52 tahun semenjak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan pada tahun 1945. | UMUM | |
AZMAN HASHIM, TAN SRI | Azman Hashim, Tan Sri (1939– ), tokoh korporat terkenal di Malaysia dalam bidang perniagaan melalui entiti perniagaan yang dimilikinya iaitu Arab-Malaysian Merchant Bank dan Arab-Malaysian Corporation (AMCORP). | UMUM | |
AISHAH GHANI, TAN SRI | Aishah Ghani, Tan Sri (1924– ), ahli politik dan Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia (1973– 1984). | UMUM | |