Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KLCC

KLCC ialah mercu tanda negara Malaysia. Ia

merupakan singkatan daripada Kuala Lumpur City

Centre atau Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. la

merupakan projek mega bersepadu meliputi

kawasan seluas 1.67 juta meter persegi terletak di

lokasi strategik di kawasan segi tiga emas

Kuala Lumpur. KLCC menempatkan Menara

Berkembar PETRONAS, Kompleks Membeli-belah

Suria KLCC, Menara Maxis, Menara ESSO, Hotel

Mandarin Oriental, Pusat pendinginan Daerah,

Taman awam dan Masjid Asy-syakirin. Menara

Berkembar PETRONAS ialah bangunan tertinggi

di dunia.

UMUM 
PENGAJIAN MELAYU DI UNITED KINGDOM

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI UNITED KINGDOM, pusat pengajian bahasa Melayu.  Kerajaan Inggeris, para pedagang Inggeris dan rajanya selama beberapa abad sudah mempunyai hubungan yang erat dengan dunia Melayu dan raja-rajanya.  Salah satu tanda nyata yang terkemuka daripada sifat hubungan itu ialah warkah daripada Sultan Aceh, Iskandar Muda Mahkota Alam kepada King James I yang ditulis pada tahun 1615.  Warkah-warkah dari Semenanjung Tanah Melayu yang tersimpan di England menunjukkan bahawa hubungan antara orang Melayu dengan orang Inggeris pada abad ke-18 lebih erat lagi.

BAHASAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas