TANAH TANDUS | Tanah tandus ialah kawasan yang terdiri daripada bukit kecil yang curam dan lurah yang dalam yang terbentuk terutamanya oleh hakisan air. Banjir kilat mengakibatkan hakisan paling banyak berlaku di kawasan tanah tandus dan biasanya melibatkan kawasan yang luas. Hakisan yang disebabkan oleh alur sungai kecil dan percikan air hujan pada cerun bukit juga memainkan peranan untuk membentuk tanah tandus. | UMUM | |
MONTE CRISTO | Monte Cristo ialah pulau di Itali yang kecil tandus di Laut Mediterranean. Untuk lokasi, lihat Itali (peta rupa bumi). Keluasannya 10 kilometer persegi. Pada zaman purba ia dikenali sebagai Oglasa. Ia menjadi terkenal melalui novel Alexandre Dumas The Count of Monte Cristo. Novel itu menceritakan bagaimana hero menjumpai harta di pulau tersebut. Sebahagian besar pulau ini ialah gunung granit yang setinggi 610 meter di atas aras laut. Pada suatu masa dahulu, para rahib Benedictine mempunyai sebuah biara di Monte Cristo. Pada tahun 1553, mereka meninggalkan tempat tersebut kerana diserang lanun. Lebih daripada 300 tahun kemudian kerajaan Itali cuba menubuhkan sebuah petempatan banduan di Monte Cristo. Tetapi rancangan ini tidak berjaya. | UMUM | |
KAFILAH | Kafilah ialah barisan manusia dan haiwan pengangkut yang panjang yang berjalan melintasi bumi yang tidak dihuni oleh manusia atau tandus. | UMUM | |
KAROO | Karoo ialah kawasan tinggi separa gurun di tanah tinggi di provinsi Cape Timur, Afrika Selatan. Nama ini berasal daripada pemerian tentang “keras dan kering; tanah tandus dan belukar kecil” oleh orang Khoikhoin. | UMUM | |
SAHARA | Sahara ialah gurun yang terbesar di dunia. Ia meliputi kawasan seluas 9 juta kilometer persegi. Pemandangan gurun Afrika yang luas ini termasuk banjaran gunung, penara berbatu-batan, dataran berkelikir, dan tanah tandus berpasir. Gurun yang gersang itu terpisah hanya oleh tanah penanaman sepanjang Sungai Nil dan di oasis yang bertaburan. | UMUM | |
ARTIK | Artik ialah kawasan sejuk yang berterusan di sekitar Kutub Utara. Ia termasuk Lautan Artik, beribu-ribu pulau dan bahagian utara benua Eropah, Asia dan Amerika Utara. Manusia telah lama percaya bahawa Artik adalah kawasan sejuk, tandus tempat manusia tidak dapat hidup. Tetapi penjelajah dan ahli sains mendapati bahawa, kecuali Greenland, sembilan per sepuluh daripada kesemua kawasan Artik tidak mempunyai salji dan ais pada musim panas. Beri, sayur-sayuran dan bunga tumbuh di beberapa tempat. Matahari tidak menyinari di kebanyakan kawasan Artik pada musim sejuk. Tetapi matahari menyinari keseluruhan kawasan Artik, sekurang-kurangnya sebahagian waktu siang, dari bulan Mac hingga September. | UMUM | |
DATURA | Datura ialah sekumpulan pokok renek dan pokok beracun, termasuk rumpai jimson dan angel’s trumpet. Pokok besar dan rimbun ini juga dikenali sebagai thorn apple (epal berduri). Daunnya bergerigi dan berbau busuk, buahnya berduri, dan bunganya berbentuk trompet berwarna putih hingga warna lavender. Datura ialah pokok asal kawasan tropika, tetapi kini ia tumbuh di tanah tandus di seluruh kawasan beriklim sederhana di dunia. | UMUM | |