GELANG TANGAN | GELANG TANGAN, perhiasan wanita yang dipakai di pergelangan tangan. Gelang tangan dipakai semenjak zaman Neolitik. Beberapa gelang tangan batu telah dijumpai di beberapa tapak cari gali di Semenanjung Malaysia. Gelang tangan zaman Neolitik dibuat daripada jenis batu padu dan sebuah lubang ditebuk di tengah-tengahnya. Gelang tangan yang dipakai oleh Orang Asli1"> Semenanjung diperbuat daripada akar kayu, rotan, buluh betung, kayu keras dan kayu nyirih batu. | BUDAYA | Alat/Alatan |
PERANG PAHANG | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERANG PAHANG, kebangkitan orang Pahang menentang penjajahan British. Perang ini berlaku pada tahun 1891 akibat rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap campur tangan British dalam pentadbiran Pahang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
PENDING | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENDING, sejenis perhiasan yang diperbuat daripada emas, perak, tembaga, suasa atau kayu yang dipakai di dada atau tali pinggang. Pending asli hanya menggunakan bengkung atau tali pinggang yang dibentuk daripada lipatan kain dan pending dijadikan kepalanya. | BUDAYA | Kraf Tangan |
PERANG BUKIT PUTUS | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERANG BUKIT PUTUS, perang saudara pertama di Negeri Sembilan. Perang ini berlaku pada tahun 1875 antara Yamtuan Antah dengan Tengku Ahmad Tunggal berhubung pemilihan waris takhta. Perang ini melibatkan campur tangan pihak British yang mengambil kesempatan daripada perbalahan yang berlaku antara pembesar negeri untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Sungai Ujong. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
SHOVE-HALFPENNY | Shove-halfpenny, sejenis permainan dalam untuk dua orang pemain atau dua buah pasukan. Permainan ini dimainkan di atas papan yang berukuran 610 milimeter panjang dan 368 milimeter lebar. Garisan yang ditandakan pada sudut tegak pada dua sisi yang panjang, membahagikan papan kepada dua petak. Pemain menggunakan lima cakera logam yang bergaris pusat lebih kurang 25 milimeter (1 inci). Mereka meletakkan cakera terjuntai di hujung papan. Mereka cuba memenuhkan semua petak dalam sebarang tertib dengan menyorong cakera tiga kali ke dalam setiap petak, dengan ibu jari tangan atau telapak tangan. Selepas giliran setiap pemain, mata ditandakan dengan kapur di bahagian tepi papan bagi setiap cakera yang berhenti sepenuhnya di dalam petak. | UMUM | |
KAIN KERIKAM | KAIN1"> KELINGKAN, kain yang berhias teknik tekat atau sulam dengan menggunakan kepingan logam ‘kelingkan’ warna emas dan perak. Kain jenis ini biasanya dijadikan selendang, manto atau selayah yang dipakai menutup kepala atau bahu, khusus bagi melengkapi pakaian adat atau persalinan pengantin tradisi. | BUDAYA | Kraf Tangan |
PERALATAN PEMBINAAN | Peralatan pembinaan merupakan jentera yang digunakan untuk membina dan merobohkan jambatan, bangunan, dan struktur-struktur lain. Jentera ini biasanya dapat menjimatkan tenaga kerja, wang, dan masa. Sebuah jentera dapat melakukan kerja yang lebih banyak dalam masa satu jam berbanding seratus orang pekerja yang menggunakan peralatan tangan dalam satu hari. Jentera utama untuk membina bangunan termasuk (1) jentera korek tanah, (2) mesin angkat dan kendali bahan, dan (3) mesin pam. | UMUM | |
DATO' SIAMANG GAGAP | DATO’ SIAMANG GAGAP (? - ?), pembesar Negeri Sembilan pada masa pemerintahan Yamtuan Antah (m.m. 1872-1889). Nama sebenarnya ialah Abdul Kahar bin Mukmin. Dia mendapat gelaran Dato’ Siamang Gagap daripada Yamtuan Antah, mengambil sempena kepercayaan orang tua-tua bahawa negeri yang terdapat siamang yang ‘gagap’ tidak akan dapat dikalahkan oleh musuh. Gelaran tersebut diberikan kerana keberanian dan sifat kepahlawanannya. Dia juga terkenal dengan panggilan Dato’ Imam Perang kerana mengetuai pasukan Yamtuan Antah ketika mempertahankan Seri Menanti daripada serangan British. Dato’ Siamang Gagap menjadi tempat rujukan Yamtuan Antah dalam urusan pemerintahan dan dia juga sangat dihormati rakyat jelata. Dia tidak pernah tunduk kepada tekanan British yang campur tangan dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |