[tang.gam] | تڠݢم
Definisi : tanggam 1. sambungan kayu yg bertakuk-takuk supaya rapat dan teguh; 2. sj penyepit (drpd besi); bertanggam 1. bersambung rapat (kayu dll); 2. ki berhubungan rapat dan erat; ~ muka berhadapan (bertemu) muka; menanggam 1. menyambung kayu dgn takuk-takuk; 2. ki menyambung atau menghubungkan erat-erat (spt mengahwinkan dll); 3. menyepit dgn tanggam besi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tang.gam] | تڠݢم
Definisi : sambungan kayu yg diberi bertakuk-takuk supaya dpt dihubungkan rapat-rapat serta kukuh: ~ bajang; ~ lekap; ~ puting. bertanggam bersambung rapat (dgn tanggam); ada tanggamnya. menanggam menyambung kayu dsb dgn tanggam. penanggam alat (mesin dsb) utk membentuk tepi-tepi kayu supaya dpt ditanggam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)