MONTSERRAT | Montserrat ialah wilayah tanggungan United Kingdom (UK) di Laut Caribbean. Ia merupakan salah sebuah daripada Kepulauan Leeward di Hindia Barat. Negara-negara jiran Montserrat ialah Antigua dan Barbuda di timur laut, Guadeloupe di tenggara, dan St. Christopher dan Nevis di barat laut. Ibu wilayah Montserrat ialah Plymouth yang terletak di pesisiran pantai barat. | UMUM | |
ARUBA | Aruba ialah pulau tanggungan Belanda di Hindia Barat. Ia terletak di selatan Laut Caribbean, lebih kurang 25 kilometer di utara Venezuela dan 77 kilometer di barat Curasao, yang terletak di Antilles Belanda. Ibu negara dan bandar terbesar di Aruba ialah Oranjestad. Pulau Aruba adalah sebahagian daripada Antilles Belanda dari tahun 1954 hingga 1986. | UMUM | |
ANGUILLA | Anguilla ialah pulau tanggungan United Kingdom yang terletak di Hindia Barat. Ia terletak di Laut Caribbean di hujung utara rangkaian pulau Leeward di Antilles kecil, kira-kira lapan kilometer di utara St. Martin dan 113 kilometer di barat laut St. Christopher dan Nevis. | UMUM | |
YEOMAN | Yeoman ialah retainer (tanggungan) pembesar feudal England pada akhir Zaman Pertengahan. Pada awal tahun 1400-an, nama ini merujuk kepada pembantu rumah golongan bangsawan dan pemilik tanah kecil yang bebas serta petani kepada ladang milik orang bangsawan. | UMUM | |
MARTINIQUE | Martinique ialah sebuah pulau di bawah tanggungan Perancis di Laut Caribbean. Ia terletak di Lesser Antilles lebih kurang 430 kilometer ke utara Venezuela dan di antara negeri-negeri kepulauan Dominica di sebelah utara dengan Saint Lucia di sebelah selatan. | UMUM | |
PESETA | Peseta ialah unit mata wang Sepanyol dan wilayah tanggungan Sepanyol serta Andorra, iaitu negara kecil yang terletak di antara Sepanyol dengan pergunungan Pyrenees di Perancis. | UMUM | |
PLEBIAN | Plebian ialah golongan rakyat biasa pada zaman awal Republik Rom. Plebian termasuk hamba yang dibebaskan, petani, dan orang di bawah tanggungan golongan aristokrat. Tidak diketahui bagaimana mula berlaku perbezaan antara plebian dan golongan aristokrat, tetapi perbezaan telah wujud pada awal tahun 500 S.M. | UMUM | |
PULAU LORD HOWE | Pulau Lord Howe (pend. 320) ialah pulau gunung berapi yang terletak di luar pantai timur Australia , kira-kira 650 kilometer di sebelah timur laut Sydney. Pulau ini merupakan wilayah tanggungan New South Wales. Ia mempunyai kawasan seluas 1303 hektar. | UMUM | |
RESIT | Resit ialah pernyataan bertulis tentang pembayaran yang dilakukan oleh seseorang kepada seseorang yang lain. Resit juga adalah pernyataan bertulis yang menjelaskan barang-barang atau harta yang dipindahkan daripada pemilikan atau tanggungan seseorang kepada seseorang yang lain. Resit ialah bukti bahawa sesuatu urus niaga telah dijalankan. Ada tiga jenis resit, iaitu resit penuh, resit sebahagian (apabila sebahagian daripada jumlah penuh dijelaskan), dan resit untuk akaun tertentu . | UMUM | |
RETURNED SERVICES LEAGUE OF AUSTRALIA | Returned Services League of Australia yang lebih dikenali sebagai R.S.L. , ialah sebuah persatuan yang memberi keutamaan terhadap kebajikan dan kesejahteraan ahli-ahlinya, serta bekas anggota perajurit lelaki dan wanita termasuk tanggungan mereka. Persatuan ini mempunyai lebih kurang 270 000 ahli. Pada mulanya ia ditubuhkan sebagai satu pertubuhan kebangsaan pada 6 Jun 1916. | UMUM | |