Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.kal] | تڠکل

Definisi : = penangkal sesuatu yg digunakan utk menolak bala (penyakit, hantu, jin, dll), azimat: ~ bisa; ~ jin; ~ sawan; ~ sehari bulan azimat yg berbentuk bulan sabit (drpd emas, perak) yg digantungkan di leher kanak-kanak; ~ petir besi pd bumbung rumah dll yg dihubungkan dgn kawat ke tanah utk menjauhkan bahaya petir; menangkal menolak bala (hantu, jin, pe­nyakit, dll) dgn azimat dll: pisau dicabut dan Tun Mudim ~ dan menjampi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kal] | تڠکل

Definisi : , = penangkal sesuatu yg digunakan utk menolak bala, penyakit dll; azimat: ~ sawan tangkal utk mengelakkan sawan. menangkal menolak bala, penyakit dll dgn tangkal: menjampi dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangkal (kata nama)
Bersinonim dengan penangkal, azimat, guna-guna, ubat pengasih, cenua, tumbal, pripih, pepunden, pepundi, jujungan, pujaan, uduh, pemakaian, sangga bunuh, pacau, lu.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANGKAL

TANGKAL, sesuatu yang digunakan untuk menjauhi bala atau sesuatu yang buruk.  Di sesetengah tempat, tangkal disebut sebagai azimat.  Sebelum datangnya era sains dan teknologi, masyarakat Melayu pada umumnya masih dipengaruhi dengan kepercayaan bukan saintifik.  Oleh sebab masyarakat Melayu pada zaman dahulu lagi tidak memahami sepenuhnya tentang hukum-hukum alam di sekitarnya, maka perkara yang tidak difahami dikatakan berpunca daripada kuasa ghaib.  Kuasa ghaib atau halus yang bersifat negatif dipercayai boleh menyebabkan seseorang itu berkeadaan tidak stabil, tidak mempunyai kuasa atau lemah semangat.

BUDAYAKepercayaan
AZIMAT

Azimat adalah tangkal berjampi yang dianggap

mempunyai kuasa magis. Ia boleh dipakai di leher.

Sesetengah orang percaya bahawa azimat boleh

melindungi mereka daripada syaitan, penyakit,

dan sihir. Azimat boleh diperbuat daripada

sebarang bahan, tetapi kebanyakannya adalah

daripada batu. Yang lainnya merupakan beg-beg

kain kecil yang berisi objek yang dianggap

berkuasa. Sebatang gigi atau sebatang tanduk

atau kayu boleh juga dijadikan azimat. Sesetengah

azimat mempunyai bentuk yang simbolik,

misalnya anak bulan.

Lihat juga Mata syaitan; Permata kelahiran.

UMUM 

Kembali ke atas