KAPAL TANGKI | Kapal tangki ialah kapal yang dicipta khas untuk membawa kargo cecair. Kebanyakan kapal tangki membawa petroleum tetapi ada juga yang membawa barangan seperti molases, wain, bahan kimia, batu arang, bijirin, dan bijih besi. | UMUM | |
MENYELAM | Menyelam ialah aktiviti berenang di bawah permukaan air sambil menahan nafas atau bernafas menggunakan tangki udara termampat. Istilah ini umumnya merujuk kepada <i>selam tahani> <i> nafas i> , iaitu bentuk menyelam yang paling tua dan paling ringkas. Menyelam dengan menggunakan bantuan tangki udara dikenali sebagai <i>selami> <i> skuba i> . | UMUM | |
AKUARIUM | Akuarium ialah tempat memelihara ikan dan haiwan air yang lain. Saiz akuarium berbeza-beza, daripada tangki kaca kecil hingga kepada bangunan besar yang mengandungi pameran segala jenis dan saiz haiwan air. | UMUM | |
SUSU SEJAT | Susu sejat ialah susu manis penuh yang kirakira 60 peratus airnya telah dikeluarkan. Susu sejat disediakan dengan memanaskan susu penuh pasteur homogen dalam tangki vakum untuk menyejatkan airnya. Susu ini kemudiannya ditinkan, dikedapkan dan serta-merta disteril dengan haba. Tidak seperti susu pekat, susu sejat tidak ditambah dengan gula untuk mengawetnya, tetapi vitamin D sering ditambah untuk pemakanan. John Meyenberg, pereka berbangsa Switzerland, menerima paten pada tahun 1884 kerana pertama kali berjaya mencipta kaedah memekatkan susu tanpa menambah gula. Lihat juga Susu. | UMUM | |
PEMISAH MINYAK DAN GAS | Bejana tekanan yang digunakan untuk memisahkan bendalir yang dikeluarkan dari telaga minyak atau telaga gas kepada gas dan cecair. Bejana pemisah ini biasanya digunakan di pelantar pengeluaran atau di kawasan pajakan petroleum berdekatan dengan kepala telaga, pancarongga atau deretan tangki. Bejana tersebut mesti mampu untuk mengendali slug dan beban daripada bendalir telaga yang dikeluarkan. Dengan demikian, bejana tersebut lazimnya mempunyai ukuran yang mampu untuk mengendalikan kadar alir seketika yang tinggi. Pembinaan terperinci sesebuah pemisah bergantung pada muatan yang diperlukan dan tekanan operasi. | KEJURUTERAAN | Alat/Alatan |
PROSES PENGAPUNGAN | Proses pengapungan digunakan untuk memisahkan mineral yang berharga daripada satu sama lain atau daripada mineral lain yang bercampur dengannya. Melalui proses ini, bahan yang mengandungi mineral pada mulanya dihancurkan dan dikisar menjadi serbuk. Ia kemudiannya dimasukkan ke dalam tangki yang dinamakan <i> sel pengapungan i> yang mengandungi air dan bahan kimia tertentu yang dinamakan <i> reagen i> <i> pengapungan i> . Bahan kimia ini membentuk lapisan penolak air di sekeliling zarah satu daripada mineral, tetapi tidak di sekeliling mineral yang lain. | UMUM | |
ZINK | Zink, unsur kimia dengan simbol Zn, ialah logam berkilat berwarna putih kebiruan. Logam ini penting dalam industri. Zink boleh dijadikan pelbagai bentuk dengan kaedah kerja logam biasa. Logam seperti besi dan keluli boleh <I>digalvani I>– iaitu, disalut dengan zink – untuk mencegahnya daripada berkarat. Logam bergalvani digunakan untuk membuat talang bumbung, lapik tangki. | UMUM | |