TANJUNG AGULHAS | Tanjung Agulhas ialah tempat paling selatan benua Afrika. Tanjung ini terletak di Tanjung Province, Afrika Selatan, kira-kira 150 kilometer ke timur Tanjung Harapan dan kira-kira 50 kilometer ke selatan. Untuk lokasinya, lihat Afrika Selatan (peta rupa bumi). | UMUM | |
TANJUNG HATTERAS | Tanjung Hatteras ialah tanjung tinggi yang indah yang terletak di hujung tenggara Pulau Hatteras yang menjadi sebahagian daripada Outer Banks. Tanjung ini terletak lebih daripada 48 kilometer ke timur pantai Carolina Utara di Amerika Syarikat (lihat Carolina Utara ). Beting Diamond Shoals berbahaya bagi kapal, hingga tempat ini digelar Perkuburan Atlantik (Graveyard of the Atlantic). Rumah api dan stesen api luar pesisir memberi amaran kepada kapal supaya mengelak kawasan tersebut. Cape Hatteras National Seashore terletak di Tanjung Hatteras. | UMUM | |
TANJUNG | Tanjung ialah kawasan bumi yang menonjol ke arah laut, tasik, atau lautan. Tanjung yang biasanya terbentuk pada bahagian hujung pulau dan benua, juga dikenali sebagai tanjung tinggi. Air yang mengelilingi pesisiran tanjung biasanya bergelora, dan ini menyulitkan pelayaran. | UMUM | |
TANJUNG HARAPAN | Tanjung Harapan ialah sebuah semenanjung di Afrika Selatan. Ia terletak lebih kurang 160 kilometer ke barat laut Tanjung Agulhas, hujung bahagian paling selatan Afrika. Tanjung ini menganjur ke selatan dari Pergunungan Table yang menaungi bandar Cape Town. Penduduk Afrika Selatan menyebut semenanjung ini Cape Peninsula . Hujung bahagian selatan semenanjung ini mereka namai Cape Point. Semenanjung ini membentuk bahagian pinggir barat Teluk False. Tanjung Harapan terkenal dengan pemandangan yang amat indah serta pantai yang cantik. | UMUM | |
TANJUNG HORN | Tanjung Horn ialah bahagian paling selatan Amerika Selatan. Ia terletak di hujung selatan kepulauan Horn di Chile. William Schouten, ahli pelayaran Belanda, menamainya sempena bandar asalnya Hoorn, pada tahun 1616. Tanjung ini menjulur jauh ke laut. Tebingnya curam dan pada beberapa tempat setinggi 150 hingga 180 meter. Tumbuhan kurang hidup di Tanjung Horn akibat iklim yang sejuk. Kawasan sekitar tanjung ini terlalu kerap dilanda ribut, hingga ahli pelayaran amat bimbang apabila mengelilinginya. Banyak kapal kini mengelak daripada melalui tanjung ini dan sebaliknya menggunakan Terusan Panama. | UMUM | |
TANJUNG TINGGI WILSON | Tanjung Tinggi Wilson ialah bahagian tanah besar Australia yang paling selatan. Ia terletak di bahagian selatan pantai Victoria. Untuk lokasi, lihat Victoria (peta politik). Tanjung Tinggi Wilson ialah sebahagian daripada semenanjung yang bergunung-ganang yang mempunyai beberapa puncak yang ketinggiannya melebihi 305 meter dari aras laut. Puncak-puncak ini termasuk Gunung Latrobe, Gunung Wilson, Gunung Oberon, Gunung Leonard, Gunung Boulder, Gunung Norgate, dan Gunung Hunter. | UMUM | |
TELUK | Teluk ialah sebahagian daripada laut, tasik, atau kumpulan air yang sama yang membentuk satu lekuk di garis pesisir dan disempadani oleh tanjung atau tanjung tinggi. Teluk biasanya terjadi apabila paras air bagi sesuatu kumpulan air naik melebihi paras tanah yang bersebelahan dan menenggelamkannya. | UMUM | |
TANJUNG PAGAR | TANJUNG PAGAR, sebuah kawasan strategik di bahagian selatan Singapura, berdekatan dengan Kepulauan Riau. Nama Tanjung Pagar telah dikenali sejak zaman dahulu. Dalam Sejarah Melayu iaitu semasa pemerintahan Seri Maharaja (1375-1388), ada dicatatkan mengenai peristiwa Singapura dilanggar todak. Kejadian itu menjadi bencana kepada rakyat Singapura sehinggalah seorang budak bijak mencadangkan penggunaan batang pisang menggantikan betis manusia, bagi membentengi serangan todak. Benteng pisang yang merupakan `pagar’ ini memberi nama kawasan `Tanjung Pagar’. Tanjung Pagar juga mungkin mendapat namanya sempena adanya kelong (pagar penangkap ikan) pertama yang didirikan dari daerah perairan sekitarnya sehinggalah daerah Tanjung Malang. Pelabuhan di Tanjung Pagar juga telah dirakamkan oleh pencatat-pencatat dari negeri China dan Portugas semenjak abad ke-14 lagi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
TANJUNG COD | Tanjung Cod lihat Cape Cod. | UMUM | |
TANJUNG PUTERI | Tanjung Puteri ialah nama asal Johor Bahru dan pusat pemerintahan Temenggung Ibrahim yang terletak di tepi Selat Teberau. Konflik dalam kerajaan Riau-Lingga-Johor semenjak awal abad ke-18, berakhir dengan pembahagian kuasa terhadap kawasan dalam kerajaan Melayu terakhir itu. | UMUM | |