Mahkamah tentera memutuskan kes perundangan yang berkaitan dengan anggota perkhidmatan bersenjata dan orang awam yang bekerja di pangkalan tentera. Mahkamah tentera mengikut kaedah perundangan yang biasa. Contohnya, banduan-banduan dianggap tidak bersalah sehingga terbukti kesalahannya secara terperinci dan diberi butir-butir pertuduhan terhadap mereka. Dalam kes yang lebih berat, banduan-banduan diberi peguam bela yang terlatih (biasanya tanpa dikenakan sebarang bayaran) dan diberi setiap kesempatan untuk menyediakan kes mereka sendiri. |