Taoisme ialah satu falsafah yang bermula di
China, kemungkinan pada tahun 300-an S.M. Ia
juga adalah nama satu agama yang bermula kira-kira
pada tahun 100-an S.M. Sepanjang beberapa
abad seterusnya, falsafah ini telah mempengaruhi
ramai para pelukis dan penulis di Timur dan Barat.
Zhuangzi, juga dieja Chuang Tzu, ialah ahli
falsafah China pada tahun 300-an SM. Dia setaraf
dengan Laozi (Lao Tzu) sebagai tokoh penting
dalam membina falsafah Taoisme. Zhuangzi
berkemungkinan telah menulis sebahagian
daripada buku Zhuangzi, yang diberi nama
sempena namanya.
Biarawati ialah wanita yang tergolong dalam
komuniti agama dan mengabdikan kehidupannya
untuk melaksanakan matlamat agama. Pelbagai
agama besar, termasuk agama Buddha, Kristian,
dan Taoisme, mempunyai order biarawati. Gereja
Roman Katolik mempunyai lebih banyak order
biarawati daripada mana-mana mazhab Kristian
yang lain.
Thanks for clicking. That felt good.