TAR | Tar ialah mana-mana kumpulan cecair yang pekat, berminyak, berwarna perang tua atau hitam. Kebanyakan tar adalah keluaran sampingan proses penukaran bahan organik seperti batu arang, petroleum atau kayu menjadi keluaran perindustrian yang berguna. | UMUM | |
TAR BATU ARANG | Tar batu arang ialah cecair pekat, hitam dan melekit. Ia diperoleh sebagai keluaran sampingan dalam pembuatan kok, dan gas relau kok daripada batu arang lembut. Tar batu arang didapati dengan <i> memeluwap i>sebahagiannya bertukar (kepada cecair) wap panas daripada relau kok atau pengeluar gas batu arang. | UMUM | |
KREOSOT | Kreosot ialah cecair berminyak yang pekat yang dibuat dengan cara menyuling tar kayu atau tar arang. | UMUM | |
STOR KAPAL | Stor kapal. Pada masa kapal kayu digunakan, istilah <i>stor kapal i>merujuk kepada tar dan gala-gala. Dua bahan ini penting untuk membina kapal. Kini, istilah stor kapal termasuklah damar, turpentin, gala-gala, dan hasil tar daripada pokok pain dan beberapa pokok damar. | UMUM | |
PASIR BITUMIN | Pasir bitumin juga dikenali sebagai <I>pasir tarI>, merupakan longgokan pasir yang mengandungi bitumin. Bitumin ialah bahan seperti gam berwarna hitam untuk membuat kok, gas, dan minyak. | UMUM | |
NAFTA | Nafta ialah mana-mana cecair yang hanya terdiri daripada atom hidrogen dan karbon yang mendidih di bawah 200°C. Nafta yang diperoleh semasa penapisan petroleum dicampurkan untuk membuat petrol. Sesetengah jenis nafta digunakan untuk melarutkan getah dan untuk mencairkan cat dan varnis. Yang lain digunakan sebagai bahan pembersih dan sebagai bahan dalam pembuatan gas artifisial. Nafta boleh dihasilkan apabila tar batu arang, iaitu bahan melekit yang dibuat daripada batu arang lembut disuling. Nafta tar batu arang digunakan sebagai bahan pelarut dan dalam pembuatan rebin <I>sintetik I>(artifisial). Nafta tulen mudah meletup apabila terdedah kepada api. | UMUM | |
MERAH SENDUDUK | Merah senduduk ialah warna ungu pucat atau pewarna ungu yang lembut warnanya. Pada tahun 1856, W.H. Perkin, ahli kimia Inggeris menemui bahawa pengoksidaan <i>anilina i>dan <i>kalium dikromati> menghasilkan pewarna merah senduduk (lihat Pengoksidaan). Warna merah senduduk ialah campuran bahan yang diterbitkan daripada fenazina. Ini merupakan warna sintetik yang pertama yang diperoleh daripada tar batu arang. | UMUM | |
TUAK | TUAK, sejenis minuman masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak. Minuman ini boleh memabukkan. Tuak diperbuat daripada nira kelapa, nira tar, nira enau (kabung), nira nipah, juga daripada air tebu dan nanas. Di negeri-negeri Asia, tuak daripada nira kelapa paling terkenal. Semua tuak tersebut dapat dijadikan cuka tetapi yang terbaik ialah cuka daripada tuak nipah. | BUDAYA | Konsep |
GERSON POYK | GERSON POYK ( 1931 - ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 16 Jun 1931 di Namodale, Kota Ba’a, Pulau Rote, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Gerson Gubertus Poyk dan dalam penulisan, dia menggunakan tiga nama samaran iaitu Julia Haning, Bertus dan La Tirka Tar. Pendidikan tingginya ialah Sekolah Guru Atas di Surabaya dari tahun 1953 hingga tahun 1956. Sewaktu di sekolah Guru Atas inilah dia mula tertarik dengan bidang kewartawanan dan kesusasteraan. Di samping bertugas sebagai guru, dia giat menulis cerpen yang disiarkan dalam akhbar dan majalah. | SASTERA | Institusi/Organisasi |