ARJA | Drama tari dan nyanyi, iaitu jenis oepera negara Timur yang terdapat di Pulau Bali, Indonesia. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
MAKYUNG | Makyung, sejenis drama tari Melayu tradisional yang terkenal di Kelantan. Unsur-unsur yang terdapat dalam persembahan makyung ialah muzik, tarian, nyanyian dan cerita. | UMUM | |
MACMILLAN, SIR KENNETH | MacMillan, Sir Kenneth (1929–1992), pereka tari balet Scotland yang telah mencipta pelbagai tarian balet untuk Royal Balet, di Covent Garden, London. | UMUM | |
MASSINE, LEONIDE | Massine, Leonide (1896–1979) ialah penari dan pereka tari (Koreografer) Rusia yang unggul. | UMUM | |
MAJLIS TARIAN BERTOPENG | Majlis tarian bertopeng ialah nama suatu majlis sosial atau tari-menari di mana topeng dan kostum yang beraneka ragam dipakai. | UMUM | |
DARJAH KEBESARAN GARTER | Darjah Kebesaran Garter ialah darjah pangkat sateria yang tertinggi dan tertua di Great Britain. Ia diasaskan pada tahun 1349 oleh King Edward III. Mengikut legenda semasa King Edward sedang menari dengan Countess of Salisbury di majlis tari-menari yang besar, wanita itu terjatuh getah cerutnya. Tatkala dia memungut dan menyerahkan getah cerut itu kepada wanita tersebut, dia terpandang beberapa orang tersenyum dan menyindirnya. Tindakan ini membuat dia murka, lalu bertitah dalam bahasa Perancis yang bererti “Menyesallah sesiapa yang memperkecilkan benda ini”. Tambahnya lagi, dia akan menjadikan getah cerut itu “begitu mulia sehingga setiap orang mahu memakainya”. | UMUM | |
JIKEY | JIKEY, teater tradisional yang menggabungkan unsur lakon, muzik, tari dan lagu yang terkenal di utara Semenanjung Malaysia, khususnya Perlis dan Kedah. Kesenian ini hampir sama bentuknya dengan makyung yang terdapat di negeri Kelantan. Jikey juga dikenal dengan beberapa nama lain yang hampir sama bunyinya, seperti ‘dikey’ dan ‘likay’. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
BAGONG K. | Bagong K. (1928- ), penari dan pereka tari Indonesia. Nama sebenarnya ialah Bagong Kusudiardja. | KESENIAN | Tokoh |
BAGONG K | BAGONG K. (1928 - ), penari dan pereka tari Indonesia. Nama sebenarnya ialah Bagong Kussdiardja. Bagong berasal daripada keturunan bangsawan keraton Yogyakarta. Ayahnya ialah Raden B. Atmo Jjondrosentono, putera Gusti Pangeran Hadipatijuminah yang disingkirkan oleh Belanda daripada menaiki takhta sultan bergelar Hamengku Buwono. Sejak kecil, hidup Bagong dilingkungi tatacara adat dan kesenian tradisional. | BUDAYA | Konsep |
CALONARANG | CALONARANG, sejenis seni drama tari suci di Bali, Indonesia, yang mengambil cerita daripada sastera Jawa kuno. Kisahnya konon berlaku dalam zaman pemerintahan Raja Airlangga, di sebuah desa bernama Desa Girah. Ada seorang janda yang mempunyai ilmu hitam bergelar Calonarang. Janda ini mempunyai seorang anak yang cantik bernama Ni Ratna Manggali, tetapi tiada pemuda yang berani melamar anaknya. Akibatnya janda itu mengancam rakyat Airlangga dengan menyebarkan penyakit yang memusnahkan. Raja Airlangga meminta bantuan pendetanya, Empu Barada, untuk menakluki ilmu sihir janda itu dan menundukkannya. Empu Barada menghantar muridnya, Bahula, yang menyamar sebagai Ratna Manggali dan turut menyamar sebagai murid Calonarang. Bahula berjaya mendapatkan ‘buku rahsia’ Calonarang, membawanya kepada Empu Barada dan akibatnya kuasa hitam Calonarang dapat dialahkan. Airlangga kembali tenteram. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |