Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.rif] | تاريف

Definisi : 1. cukai yg dikenakan oleh kerajaan ke atas barang-barang, terutamanya yg diimport; 2. senarai harga tetap spt sewa bilik, makanan, perkhidmatan, dsb yg dikenakan oleh sesebuah hotel; 3. skala bayaran bagi membekalkan sesuatu perhidmatan awam spt elektrik dan gas: ~ elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.rif] | تاريف

Definisi : 1 senarai harga atau bayaran yg ditetapkan (utk bilik, makanan dll). 2 (senarai) cukai atas barang-barang yg diimport atau dieksport. mentarifkan membuat atau menetapkan tarif utk harga, bayaran bagi sesuatu: Pihaknya sudah selesai ~ semua bayaran bagi perkhidmatan yg disediakan. pentarifan perihal atau perbuatan mentarifkan: Disebabkan kos penyelenggaraan sudah meningkat, maka ~ semula terhadap perkhidmatan itu wajar dilakukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tarif


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TARIF

Tarif ialah cukai yang dikenakan terhadap

barangan yang diimport oleh sesebuah negara dari

negara yang lain. Banyak negara menggunakan

tarif untuk melindungi industri mereka daripada

saingan negara luar. Tarif memberikan

perlindungan dengan menaikkan harga barangan

yang diimport. Dengan itu, tarif menggalakkan

syarikat tempatan agar meningkatkan pengeluaran

mereka, dan para pengguna terpaksa membayar

lebih untuk barangan yang dilindungi ini.

UMUM 
PASARAN BERSAMA

Pasaran bersama ialah kesatuan ekonomi

negara-negara. Anggota pasaran bersama

berusaha untuk menyingkirkan tarif dan halangan

perdagangan lain antara mereka dan untuk

mengikut dasar perdagangan yang seragam

dengan negara-negara bukan anggota.

UMUM 
PERTUBUHAN PERDAGANGAN BEBAS EROPAH (EFTA)

Pertubuhan Perdagangan Bebas Eropah

(EFTA) ditubuhkan pada tahun 1960 bagi

membolehkan anggotanya mendalami objektif

ekonomi yang sama, khususnya melalui perdagangan

bebas dalam keluaran industri. Objektif ini dicapai

dengan memansuhkan tarif perdagangan dan

halangan teknikal terhadap perdagangan.

UMUM 
REID, SIR GEORGE

Reid, Sir George (1845–1918) ialah Perdana

Menteri New South Wales, Australia, dari tahun

1894 hingga tahun 1899 dan Perdana Menteri

Australia dari tahun 1904 hingga tahun 1905.

Sepanjang kerjayanya, dia percaya bahawa

perdagangan bebas di antara tanah jajahan akan

lebih banyak membangunkan industri daripada

tarif perlindungan. Di Parlimen persekutuan, dia

adalah pemimpin kumpulan perdagangan bebas.

Dia berjaya memaksa kerajaan persekutuan untuk

berkompromi antara perdagangan bebas dengan

dasar perlindungan. Sebagai Perdana Menteri, dia

memimpin kerajaan campuran antara partinya

dengan Parti Liberal, dipimpin oleh Alfred Deakin.

UMUM 

Kembali ke atas