TASIK-TASIK KILLARNEY | Tasik-tasik Killarney ialah tiga buah tasik yang masyhur dengan keindahannya di Kaunti Kerry, di barat laut Ireland. Tasik-tasik ini merupakan salah satu kawasan pelancongan Ireland yang utama. Tasik-tasik Killarney terletak di sebelah barat daya bandar Killarney. Lough Leane, atau Tasik Hilir, meliputi kawasan seluas hampir-hampir 20 kilometer persegi. | UMUM | |
TASIK-TASIK BESAR | Tasik-tasik Besar, Tasik Superior , Michigan , Huron, Erie, dan Ontario – lima Tasik-tasik Besar – ialah kumpulan tasik air tawar yang terbesar di dunia. Tasik ini menjadi laluan air daratan yang terpenting di Amerika Utara. Tasik ini merupakan laluan utama yang digunakan oleh pengembara dan peneroka awal di Wilayah Barat Daya. Tempat ini adalah rantau yang luas yang kini ialah Amerika Syarikat. Ia termasuk Ohio, Indiana, Illinois, Michigan, Wisconsin , dan sebahagian daripada Minnesota. | UMUM | |
TASIK SUPERIOR | Tasik Superior, salah satu daripada lima Tasik-tasik Besar Amerika Utara, merupakan kawasan air tawar yang terbesar di dunia. Antara Tasik-tasik Besar itu, Tasik Superior ialah tasik yang paling dalam, paling tinggi di atas aras laut, dan paling jauh ke utara dan paling jauh ke barat (lihat Tasik-tasik Besar ). Tasik Superior membentuk sebahagian daripada sistem jalan air pedalaman Amerika Syarikat dan Kanada. Sistem ini menganjur dari Lautan Atlantik melalui Jalan Laut St. Lawrence, Tasik-tasik Besar, dan Sungai Mississippi hingga ke Teluk Mexico. Pedagang bulu haiwan bangsa Perancis yang awal menamakan tasik ini dalam bahasa Perancis Lac Supérieur, yang bererti Tasik Hulu dalam bahasa Perancis. | UMUM | |
TASIK ERIE | Tasik Erie, terletak di sempadan antarabangsa antara Amerika Syarikat dengan Kanada, merupakan tasik yang paling jauh ke selatan daripada kelima-lima Tasik-tasik Besar Amerika Utara (lihat Tasik-tasik Besar ). Tasik ini disempadani oleh negeri New York, Pennsylvania, Ohio dan Michigan, dan wilayah Ontario. Panjang tasik ini kira-kira 386 kilometer dan lebarnya dari 61 kilometer hingga 92 kilometer. | UMUM | |
TASIK ONTARIO | Tasik Ontario ialah tasik yang terkecil dan yang paling ke timur daripada lima Tasik-tasik Besar di Amerika Utara. Ia merupakan hubungan penting dalam sistem Jalan Air St. Lawrence. Walaupun Tasik Ontario terbuka kepada kapal besar sepanjang tahun, namun ia mempunyai kurang lalu lintas, berbanding Tasik-tasik Besar yang lain. | UMUM | |
MICHIGAN | Michigan ialah negeri perindustrian yang penting di kawasan Tasik-tasik Besar Amerika Syarikat. Michigan merupakan sebuah kawasan pembuatan yang utama. Detroit pula ialah bandar raya terbesar di Michigan manakala Lansing ialah ibu negeri. | UMUM | |
TASIK HURON | Tasik Huron ialah salah satu daripada lima Tasik-tasik Besar Amerika Utara. Tasik ini dinamakan sempena nama Orang Asli Amerika kaum Huron yang tinggal di pesisirnya. Tasik Huron terletak antara Tasik Michigan dengan Tasik Erie dan membentuk sebahagian daripada sempadan di antara Amerika Syarikat dengan Kanada. Panjang tasik tersebut kira-kira 332 kilometer dan bahagian yang paling lebar kira-kira 295 kilometer. | UMUM | |
DEARBORN | Dearborn (pend. 89 286) ialah pusat pembuatan yang terletak berhampiran Detroit Michigan, iaitu dari kawasan Tasik-tasik Besar bahagian Amerika Syarikat. Ibu pejabat dan tapak utama kilang Ford Motor Company terletak di bandar ini. | UMUM | |
TASIK MICHIGAN | Tasik Michigan ialah kumpulan air tawar yang terbesar di Amerika Syarikat. Tasik ini merupakan tasik yang ketiga terbesar antara Tasik-tasik Besar dan satu-satunya tasik daripada kumpulan tersebut yang terletak keseluruhannya di Amerika Syarikat. Tasik Michigan membentuk satu hubungan yang penting dalam sistem jalan air yang besar yang menganjur ke timur menuju ke Lautan Atlantik dan ke selatan melalui Sungai Mississippi menuju ke Teluk Mexico. | UMUM | |
PONTIAC | Pontiac (1720?–1769) ialah ketua suku puak Ottawa. Dia merupakan seorang pemimpin kaum Orang Asli Amerika yang penting pada tahun 1760-an. Pontiac cuba menyatukan puak-puak di kawasan Tasik-tasik Besar dan lembah Ohio dan Mississippi untuk mengekalkan kekuasaan kaum Orang Asli Amerika di kawasan itu. | UMUM | |