Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tas.lim] | تسليم

Definisi : Ar perihal menyerah diri kpd perintah Tuhan, kepatuhan kpd perintah Tuhan;mentaslimkan menyerahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tas.lim] | تسليم

Definisi : Ar pemberian hormat, peng­hor­matan, persalaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata taslim


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZAILIANI TASLIMZAILIANI TASLIM (1959-     ),  penulis.  Dia lahir pada 26 April 1959 di Kelang, Selangor. Dia mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Binjai, Meru, Kelang, Selangor dari tahun 1967 hingga tahun 1971.  Kemudian, dia melanjutkan pendidikan menengahnya di Sekolah menengah Tengku Idris Syah, Kapar, Kelang hingga tamat dan memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia.  Dua tahun kemudiannya, dia melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.   Sesudah menamatkan pengajiannya, dia ditugaskan mengajar di beberapa buah sekolah di Selangor dan Terengganu.  Kini, dia mengajar di Sekolah Menengah Landas, Felda Jerangau, Ajil, Terengganu.SASTERATokoh
TASLIM

TASLIM, ajaran yang dikatakan telah diasaskan oleh Haji Muhammad bin Shafie (1876-1948), yang juga dikenali sebagai Haji Muhammad Matahari. Beliau yang berasal dari Pulau Madura, Jawa Timur, Indonesia telah berhijrah ke Tanah Melayu. Ajaran Taslim ini bertapak di Pulau Pinang dan dikatakan mula aktif pada sekitar tahun 1900.

BUDAYAAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
M. TASLIM ALI

M. TASLIM ALI (1916-    ), penterjemah dan penyair Indonesia. Dia lahir pada 16 Jun 1916 di Painan, Sumatera Barat, Indonesia. Dia mendapat pendidikan di Fakultas Sastra, Universitas Indonesia, tetapi tidak tamat (1940-1942).

SASTERATokoh

Kembali ke atas