Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ta] | تات

Definisi : peraturan, acara, kaedah, susunan, sistem; menata mengatur, menyusun; penataan penyusunan, pengaturan; penata orang yg menata sesuatu: kami bertindak sbg ~ tarian dan penyumbang idea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ta] | تات

Definisi : bp selamat tinggal atau selamat jalan (biasanya diucapkan oleh kanak-kanak sambil menggamit): Pak Man mendengar dua orang budak itu menyebut “~, ~” ketika motokar meninggalkan rumah itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ta] | تات

Definisi : aturan atau peraturan; susunan; sistem. menata mengatur, menyusun: Yg penting, bagaimana menguasai kunci kekuasaan negara, kemudian baru ~ kepentingan rakyat. tataan yg ditata; hasil menata: Mereka perlu menggunakan ~ muzik utk membantu menambah suasana realistik pd pelakon semasa berlakon. penataan perihal atau perbuatan menata. penata orang, pihak dsb yg menata: Kami menjadi ~ tarian dan penyumbang idea. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tata


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TATA

Tata ialah nama sebuah keluarga ternama dalam

industri dan perdagangan di India.

Jeejibhoy Jamshedji Tata (1783–1859) ialah

usahawan utama. Dia lahir daripada keluarga Parsee

yang miskin di negeri Baroda yang beraja. Dia

mendapat kekayaan dalam bidang perniagaan

eksport kerana wawasan komersial dan kerja keras.

Dia juga yang memulakan tradisi keluarganya

sebagai penderma kerja amal.

UMUM 
DRAMA PENTASDRAMA PENTAS, drama yang dilakonkan di atas pentas. Drama pentas merupakan persembahan drama yang diolah secara langsung di hadapan penonton. Lakonan watak dibantu oleh visual tata hias seperti set dan prop, penataan cahaya, sokongan latar muzik dan bunyi, serta tatarias seperti kostum, mekap, barang kemas dan lain-lain.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas