USUL AL-TAUHID | USUL AL-TAUHID, kitab karangan Syekh Husein Nasir bin Muhammad Raiyob al-Mas’udi al-Banjari. Judul lengkap kitab ini ialah Usul al-Tauhid fi Ma’rifat Turuq al-Iman li al-Rab al-Majid. Pengarang kitab ini lebih dikenali dengan nama Tuan Hussein Kedah. Kitab ini diselesaikan penulisannya pada tahun 1927. Manuskrip asli kitab ini belum ditemui. Beberapa edisi cetakannya yang awal yang dapat dikesan ialah edisi cetakan ketiga atas perintah Sultan Iskandar Syah, Perak. Cetakan tersebut dilakukan oleh Matba’ah Zainiyah, Taiping, Perak pada tahun 1936. Dari cetakan ketiga ini dapat diketahui bahawa cetakan pertama pada tahun 1928 dan cetakan kedua pada tahun 1933 juga oleh Matba’ah Zainiyah, Taiping, Perak. Cetakan ketiga mengandungi 57 halaman. Selain itu kitab ini juga turut dicetak oleh The United Press, Pulau Pinang, pada tahun 1393 H. dengan usaha Haji Abdullah bin Muhammad Nuruddin al-Rawa, cetakan ini mengandungi 83 halaman. Cetakan terakhir ini ditashih oleh Yusuf al-Rawa. | SASTERA | Kitab |
QADARIYYAH, AL- | Qadariyyah, al-., kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai “pendukung keadilan dan tauhid”. Mereka dikenali dengan gelaran “al-Muktazilah”, “al-Qadariyyah” dan “al-‘Adliyyah”. Qadariyyah, al-., kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai “pendukung keadilan dan tauhid”. Mereka dikenali dengan gelaran “al-Muktazilah”, “al-Qadariyyah” dan “al-‘Adliyyah”. Pengikut aliran ini berpendirian bahawa manusia mempunyai kemampuan yang terbatas untuk memilih perbuatannya, berdasarkan kepada firman Allah Taala yang bermaksud: “Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebaikan untuk dijalaninya dan jalan kejahatan untuk dijauhinya)”. (Surah al-Balad 90:10 ) | UMUM | |
PERAYAAN UMAT ISLAM | Perayaan Umat Islam ialah hari kemuliaan, iaitu himpunan amalan yang berkaitan dengan ibadat dan adat. Dari segi amalan ibadat ialah solat, zikir (mengingati Allah), tahlil (berzikir dengan kalimah tauhid “Lailahaillallah”), tasbih (memuji Allah S.W.T. dengan Subhanallah) dan takbir (mengagungkan Tuhan dengan Allahu Akbar). Manakala adat kebiasaan pula seperti makan, minum, pakaian, perhiasan, kelapangan, kegembiraan dan amalan yang diharuskan dalam Islam. | UMUM | |
SURAH IBRAHIM | Surah Ibrahim ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-14 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 52 ayat. Surah ini dinamakan Ibrahim untuk mengenang kesan peninggalan bapa para nabi dan imam golongan hanif, iaitu Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. menghancurkan lapan buah berhala, membawa panji-panji tauhid dan menyebarkan agama yang sebenar, iaitu agama Islam, yang juga dibawa oleh pengakhir para nabi dan rasul. | UMUM | |
ABU AL-HAYTHAM IBN AL-TAYHAN | Abu al-Haytham ibn al-Tayhan ( ? –20 H./ ? –641 M.), sahabat Rasulullah SAW daripada golongan Ansar. Nama sebenarnya ialah Malik ibn al-Tayhan. Dia berasal daripada keturunan kabilah al-Aus iaitu salah satu kabilah yang terdapat di Madinah. Walaupun dia dibesarkan pada zaman Jahiliah tetapi dia amat membenci penyembahan berhala. Dia berpegang pada agama tauhid. Oleh sebab itu dia segera memeluk Islam dan merupakan antara enam orang terawal menemui Rasulullah SAW di Makkah dan beriman kepada Baginda. Dia juga hadir dalam dua Bai’ah, iaitu Bai’ah Aqabah I dan Bai’ah Aqabah II serta dilantik sebagai salah seorang naqib. | UMUM | |
SURAH AL-KAHFI | Surah al-Kahfi ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-18 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 110 ayat. Surah ini dinamakan al-Kahf (Ashab al-Kahf) kerana kandungannya menceritakan mengenai mukjizat Tuhan dalam sebuah kisah yang aneh dan ajaib, iaitu kisah Ashab al-Kahf. Surah ini adalah surah Makkiyyah, yang bertujuan memperbaik akidah dan tauhid. Ia juga adalah salah satu daripada lima surah yang bermula dengan perkataan (alhamdulillah). Lima surah yang bermula dengan (alhamdulillah) ialah surah al-Fatihah, al-An’am, Saba’, dan Fatir. Surah al-Kahfi bermula dengan pujian kepada Allah S.W.T., memuliakan-Nya, pengiktirafan keagungan dan kebesaran serta kesempurnaan-Nya. | UMUM | |
ALLAH | Allah, Tuhan (Ilah) yang Maha Esa, pencipta (Khaliq) dan pentadbir (Rabb) alam semesta. Dalam hubungan ini, terdapat 2 doktrin dalam mengimani kewujudan Allah SWT iaitu pengesaan dalam bentuk ketuhanan (tauhid uluhiyyah) iaitu mengimani bahawa Allah SWT ialah pencipta alam ini. | AGAMA | Konsep |
TUK KU PALUH | TUK KU PALUH (1817-1917), ulama. Dia dipercayai lahir pada tahun 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu. Nama sebenarnya ialah Sayid Abdul Rahman bin Sayid Muhammad. Bapanya Sayid Muhammad bin Zainal Abidin al-Idrus yang lebih dikenali dengan panggilan Tuk Ku Tuan Besar adalah generasi kedua daripada keturunan al-Idrus di Terengganu, yang dipercayai berasal dari Hadramaut. Tuk Ku Paluh adalah anak kedua daripada lima orang adik-beradik seibu sebapa. Pada awalnya Tuk Ku Paluh mendapat pendidikan daripada bapanya. Dia juga telah berguru dengan Haji Wan Abdullah bin Mohd. Amin atau Tuk Syekh Duyung, ulama yang menjadi mufti Baginda Omar. Setelah dewasa, Tuk Ku Paluh meneruskan pengajiannya di Makkah dengan mendalami ilmu tafsir, hadis, tauhid dan tasawuf. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |