Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teachers


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KIRKBY COLLEGE

MAKTAB KIRKBY, maktab perguruan di Britain. Maktab yang lebih dikenal dengan nama Malayan Teachers College Kirkby ini terletak di Liverpool, United Kingdom. Maktab ini ditubuhkan pada awal tahun 1952. Malayan Teachers College Kirkby juga dikenal dengan nama “Little Malaya’ oleh masyarakat setempat atau ‘Kampung Kirkby’ oleh masyarakat Tanah Melayu yang berada di United Kingdom.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
AHMAD KHALID YUSOF

AHMAD KHALID YUSOF (1934-1996), pelukis. Dia lahir di Kuala Lumpur. Dia mendapat pendidikan awal di Victoria Institution (1951-1955) dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Malayan Teachers Training College, Kirkby, England (1956-1958). Dari tahun 1965 hingga tahun 1969, Ahmad Khlid menuntut di Winchester School of Art di England dan memperoleh Diploma in Art and Design. Dia menerima ijazah Sarjana Seni Cetak dan Pendidikan seni daripada Ohio University, Amerika Syarikat (1978).

BUDAYAKonsep
KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN

KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SE­KOLAH KEBANGSAAN, kesatuan guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah. Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Kebangsaan atau ringkasnya KKGSK menggantikan Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Melayu Lain-lain Latihan (KKGMLL). KKGMLI, ditubuhkan di Muar pada 24 Mei 1954 dan ahli-ahlinya terdiri daripada guru-guru Teachers Under Other Scheme (TUOS). KKGMLL kemudiannya ditukar nama kepada Ke­satuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Umum (KKGSU) pada tahun 1985. Pertukaran nama ini selaras dengan Laporan Razak. Keahlian KKGSU terbuka kepada semua guru yang mengajar di sekolah umum rendah dan menengah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas