Mössbauer, Rudolf Ludwig (1929– ) ialah ahli fizik Jerman, yang berkongsi Hadiah Nobel tahun 1961 dalam bidang fizik kerana penyelidikannya tentang sinar gama. Dia menemui “Kesan Mössbauer”, iaitu kaedah menghasilkan sinar gama dengan jarak gelombang yang tepat dan boleh diramalkan. “Kesan Mössbauer” ini kemudiannya digunakan untuk mengesahkan ramalan yang dibuat oleh Albert Einstein dalam teori kerelatifannya. Mössbauer lahir di Munich dan menerima ijazah Ph.D. dari institut teknik di sana. Dia menjadi profesor fizik eksperiman di institut tersebut (kini dikenali sebagai Technical University of Munich) pada tahun 1964. |