Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.gas] | تݢس

Definisi : 1. jelas serta terang (kelihatan dll), nyata: dgn suara ~ dan jelas ia berkata; 2. tidak ragu-ragu atau samar-samar, tentu, tepat: hukuman yg ~ mestilah segera dijalankan; 3. kata atau ujar (yg tidak ragu-ragu, tentu, tepat, dll): “Kerajaan akan melancarkan gerakan tentera utk menghalau komunis-komunis keluar dr Danang,” ~ beliau; 4. = ~nya maksudnya, ertinya, jelasnya: ~nya perkara itu belum lagi dapat diselesaikan;bertegas mengatakan sesuatu dgn ber­sungguh-sungguh (beria-ia): raja ~ bahawa pihaknya boleh membuat undang-undang;menegas ark meminta penjelasan (kete­rangan); menegaskan 1. menerangkan, menjelaskan: di dlm bahagian berikut akan ditegaskan mustahaknya mengajar ‘nombor asas’ dlm kira-kira campur, tolak, darab dan bahagi; 2. mengatakan (menyatakan) dgn tegas: aku ~ buat kesekian kalinya bahawa aku tidak pernah beruntung; 3. memberi ketentuan, memastikan, membenarkan: kedudukan yg sebenar mengenai perkara itu belum dapat ditegaskan oleh pihak yg berkuasa;ketegasan 1. perihal tegas, kejelasan, keteta­p­-an: dia mengambil suatu ~; 2. apa yg ditegaskan, keterangan: ia terdiam mendengar ~ Wan Derus; pertegasan 1. pembatasan erti, definisi, takrif; 2. penentuan, pemastian; penegasan penjelasan (yg tidak perlu diragui), penentuan, penerangan (yg nyata): berilah ~ kpd aku sama ada engkau hendak pindah dr sini atau tidak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.gas] | تݢس

Definisi : 1 dpt didengar, dilihat dsb dgn terang; nyata; jelas: Ia berkata dgn suara yg ~. 2 tidak ragu-ragu atau tidak samar-samar; tentu; tepat: Permohonannya telah ditolak dgn ~. menegaskan 1 me­ngata­kan dgn tegas: Dia ~ bahawa dia tidak pernah melakukan perkara itu. 2 menerangkan; menjelaskan: Perkara tsb akan ditegaskan dlm pelajaran yg berikutnya. ketegasan hal atau keadaan tegas; kejelasan. penegasan perbuatan atau hal menegaskan; penjelasan; penen­tuan. penegas; kata ~ ist kata utk menegaskan sesuatu (spt memang, juga, sahaja, kah, pun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegas (adjektif)
1. Bersinonim dengan jelas: terang, nyata, ketara, lantang,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan tepat: tentu, pasti, nyata, getas,
Berantonim dengan ragu-ragu

Kata Terbitan : menegaskan, ketegasan, penegasan,

Peribahasa

Pahit dulu,
     manis kemudian.

Bermaksud :

Perjanjian hendaklah dibuat dengan syarat-syarat yang terang dan tegas; supaya jangan timbul perselisihan di kemudian hari.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAGNA CARTA

Magna Carta ialah dokumen yang menandakan

langkah tegas ke hadapan dalam perkembangan

kerajaan berperlembagaan di England. Pada abad-

abad berikutnya, kebanyakan bahagian lain dunia

juga turut mendapat faedah daripadanya, kerana

banyak negara demokrasi mengikuti perundangan

Inggeris dalam membentuk kerajaan masing-

masing.

UMUM 
NAWAWIY, ABU ZAKARIYYA AL-

Nawawiy, Abu Zakariyya al- (631–676 H./

1234–1278 M.), imam terkemuka, hafiz dan sangat

tegas dalam menegakkan perkara makruf dan

mencegah perkara mungkar. Nama sebenarnya

ialah Muhy al-Din Abu Zakariyya Yahya ibn Sharaf

al-Hawaraniy al-Syafi‘iyy. Dia meninggalkan

keseronokan hidup dan tidak berkahwin. Dia

mahir dalam pelbagai ilmu dan menjawat jawatan

Syeikh di Dar al-Hadith al-Ashrafiyyah. Al-Nawawiy

sangat terkenal dalam penterjemahan rencana

dalam pelbagai disiplin ilmu. Ibn ‘Atar adalah

salah seorang muridnya yang telah membilang

karya-karyanya secara menyeluruh. Antara karya-

karyanya ialah Tahdhib al-Asma’ wa Lughat wa al-

Minhaj fi Sharh Muslim; al-Taqrib wal al-Taysir fi

al-Mustalah al-Hadith ; al-Adhkar; Riyad al-Salihin,

sebuah kitab hadith yang besar dan terkenal; al-

Majmu‘ Sharh Muhadhdhab; al-Arba‘un al-

Nawawiyyah dan Mukhtasar Asad al-Ghabah fi

Ma‘rifat al-Sahabat dan lain-lain.

UMUM 
MUSLIM IBN ‘UQBAH IBN RABAH AL-MURRIY

Muslim ibn ‘Uqbah ibn Rabah al-Murriy

ialah cendekiawan zaman Umawiyyah yang amat

tegas. Dia mengenali Rasulullah s.a.w. dan turut

serta dalam peperangan Siffin bersama-sama

tentera Mu’awiyah dalam barisan tentera jalan kaki.

Salah satu matanya buta. Dia dilantik oleh Yazid ibn

Mu’awiyah r.a. sebagai panglima umum untuk

menundukkan penduduk Madinah yang

memberontak terhadap Yazid serta penentangnya.

Abu ‘Uqbah menyerang Madinah pada tahun 63 H./

683 M. dan berlaku peperangan antara kedua pihak

dalam satu pertempuran hebat yang dikenali dalam

sejarah sebagai pertempuran al-Harrah.

UMUM 
SULTAN

Sultan ialah gelaran penghormatan yang diberikan

kepada raja dan pemerintahan Islam. Perkataan sultan

bermakna berdaulat, tetapi pada zaman dahulu ia

bermakna seseorang yang tegas dan amat berkuasa.

Gelaran tersebut telah digunakan sejak kira-kira tahun

900. Pemerintah Empayar Uthmaniyyah dikenali

sebagai sultan. Ramai sultan yang memiliki kekayaan,

tetapi kini beberapa orang sahaja yang mempunyai

kuasa seperti raja pada zaman dahulu.

UMUM 
SHERWOOD, ROBERT EMMET

Sherwood, Robert Emmet (1896–1955),

penulis drama, wartawan, dan periwayat Amerika

yang menekankan keburukan peperangan dalam

penulisannya. Dramanya, iaitu Idiot’s Delight (1936)

meratapi ketibaan meletusnya peperangan di

Eropah. Abe Lincoln in Illinois (1938) menggunakan

kata-kata Lincoln untuk menunjukkan betapa

perlunya tindakan tegas ketika berhadapan dengan

peperangan. There Shall Be No Night (1940)

menentang perlanggaran Kesatuan Soviet ke atas

Finland. Ini juga adalah pendirian Sherwood

terhadap apa yang disebut sebagai keinginan

setiap manusia untuk melarikan diri daripada

kenyataan. Ketiga-tiga drama ini memenangi

Hadiah Pulitzer.

UMUM 
MEIR, GOLDA

Meir, Golda (1898–1978), Perdana Menteri Israel

dari tahun 1969 hingga tahun 1974. Selama karier

politiknya itu, dia menyokong perpindahan

penduduk secara beramai-ramai

ke Israel dan

program pembinaan

perumahan yang utama

serta program lain.

Masalah utamanya sebagai

perdana menteri ialah

perselisihan wilayah antara

Israel dengan beberapa

buah negara Arab. Golda

Meir menjalankan dasar

yang tegas tetapi polisi

terbuka terhadap negara-negara Arab.

UMUM 
PICKERING, WILLIAM

Pickering , William (1840–1907) ialah kakitangan

awam British yang menjadi pelindung pertama

orang Cina di Singapura pada tahun 1877. Pada

masa itu, ejen British melakukan pengambilan kuli

(buruh kasar) di China dan menghantar mereka ke

Singapura untuk bekerja. Ramai ejen melayan kuli-

kuli tersebut dengan buruk sekali, membawa

mereka ke Singapura dalam kapal-kapal yang sesak,

malah memaksa mereka pergi ke negara lain yang

di luar kemahuan mereka. Tugas Pickering sebagai

pelindung adalah untuk menghentikan layanan

buruk ini. Dia mempunyai personaliti yang tegas

dan fasih membaca serta bertutur dalam bahasa

Cina. Di bawah kepimpinannya, badan perlindungan

ini menjadi sebuah institusi yang amat disanjung

tinggi. Selain melindungi kuli dan pendatang

wanita, Pickering juga bertindak terhadap persatuan

kongsi gelap Cina dan menguatkuasakan peraturan

ketat sebagai langkah mengawal perjudian.

UMUM 
PERAMPASAN

Perampasan adalah melibatkan rampasan

kenderaan komersial secara paksaan atau melalui

ancaman. Sejak selama beberapa tahun, trak sering

dirampas dan kargo yang dibawanya dicuri. Kini,

perampasan banyak melibatkan kapal terbang

utama yang juga dikenali sebagai perampasan

kapal terbang udara atau lanun udara. Sejak akhir

tahun 1960-an perampas kapal terbang telah

merampas beberapa ratus kapal terbang.

Kebanyakan kes tidak melibatkan kematian.

Terdapat juga kes-kes perampasan kapal terbang

yang melibatkan penumpang terbunuh dan

kemusnahan kapal terbang. Sesetengah negara

mengenakan denda yang tegas kepada perampas

kapal terbang.

UMUM 
AHMAD MUHAMMAD SAID

AHMAD MUHAMMAD SAID (1914-1964), Mufti Negeri Sembilan. Dia lahir di

Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Syekh Haji Ahmad

bin Syekh Muhammad Said al-Dandarawi. Ahmad seorang tokoh agama yang tegas

dan berani dalam melaksanakan hukum syarak dan kuat berpegang pada ilmu

tasawuf. Dia juga pemimpin tarekat Ahmadiyah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas