TEKANAN UDARA | Tekanan udara lihat Udara. | UMUM | |
KONSERTINA | Konsertina ialah alat muzik yang rid logamnya akan bergetar apabila terdapat tekanan udara yang terhasil setelah belos dibuka dan ditutup. | UMUM | |
METEOROLOGI | Meteorologi ialah kajian ke atas atmosfera bumi dan perubahan keadaan atmosfera yang mempengaruhi cuaca. Ahli meteorologi mengukur angin, suhu, kerpasan, tekanan udara dan keadaan atmosfera yang lain. Mereka juga mengukur bahan kimia di atmosfera seperti karbon dioksida dan ozon yang mempengaruhi iklim. Dengan menganalisis data tentang atmosfera, ahli meteorologi dapat meramal keadaan cuaca. | UMUM | |
KELEMBAPAN | Kelembapan ialah istilah yang memerikan amaun wap air dalam udara. Kelembapan berbeza-beza mengikut suhu dan tekanan udara. Semakin panas udara, semakin banyak wap air boleh ditampung. Apabila udara mengandungi sebanyak wap air yang boleh ditampung pada suhu dan tekanan tertentu, udara dikatakan tepu dengan wap air. | UMUM | |
TAUFAN AIR | Taufan air ialah sejenis puting beliung yang berlaku di atas permukaan tasik atau lautan. Taufan air bermula apabila satu pusat tekanan udara rendah terjadi, menyebabkan angin berpusar. Awan tebal, hitam dan berputar-putar terbentuk, dengan satu gumpalan udara yang berputar-putar mengunjur di bawah awan ke permukaan air. Gumpalan udara ini menjadi kelihatan apabila wap air dalam atmosfera memeluwap dalam gumpalan itu dan air di permukaan disedut naik daripada dasar gumpalan itu. | UMUM | |
TIUB GEISSLER | Tiub Geissler ialah tiub dicas gas yang serupa dengan lampu neon. Ia terdiri daripada tiub kaca yang mengandungi gas seperti hidrogen, nitrogen, oksigen, dan udara di bawah tekanan rendah. Gas dinyalakan supaya berwarna terang dengan melalukan arus elektrik menerusi tiub itu. Ahli sains menggunakan tiub Geissler dalam penyelidikan, khususnya untuk memeriksa gas pijar dengan peranti yang dinamakan spektrometer (lihat Spektrometer). Tiub Geissler pertama kali dibina oleh Heinrich Geissler, pembuat alat Jerman, pada akhir tahun 1850-an. | UMUM | |
TELEMETRI | Telemetri bermakna mengukur dari jauh. Ahli sains dan jurutera menggunakan telemetri dalam berbagai-bagai cara. Ahli sains menghantar belon cuaca setinggi 30 kilometer atau 50 kilometer ke udara untuk mengukur suhu, tekanan, dan kelembapan udara di bahagian atas bumi. Pemancar radio yang dipasang pada belon menghantar semula maklumat tersebut ke bumi. | UMUM | |
ENJIN | Enjin ialah mesin yang menukar tenaga kepada kerja mekanikal. Enjin boleh memperoleh tenaganya daripada sebarang jumlah sumber, termasuk bahan bakar, stim, dan udara, atau kuasa tekanan air. | UMUM | |
KELEMBAPAN BANDINGAN | Kelembapan bandingan, nisbah wap air sebenar yang terdapat di udara terhadap jumlah yang boleh dikandung oleh udara berkenaan, pada had suhu dan tekanan tertentu. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
SELOFAN | Selofan ialah bahan sintetik yang nipis, fleksibel. Ia dibuat daripada selulosa, iaitu bahan dalam dinding sel tumbuhan. Kebanyakan selofan disaluti bahan kimia khas untuk menjadikannya kalis udara dan tahan lembapan. Bahan kimia ini juga menjadikan selofan terkedap haba – iaitu ia membolehkan selofan terkedap sendiri dan terkedap pada bahan- bahan tertentu dengan menggunakan haba dan tekanan. | UMUM | |