TEKA-TEKI | Teka-teki ialah soalan atau pernyataan yang mengandungi makna yang sengaja disembunyikan. Teka-teki kini biasanya bertujuan untuk menyeronokkan. Ia selalunya dalam bentuk <i> conundrum, i> iaitu sejenis teka-teki yang bergantung kepada permainan kata. Contoh teka-teki jenis ini ialah “Apakah benda yang beroda empat dan dapat terbang?” Jawapannya ialah “Trak mengangkut sampah sarap”, yang hanya ada unsur makna apabila kita sedar bahawa perkataan <i> terbang i> itu mempunyai dua maksud. | UMUM | |
THORNDIKE, EDWARD LEE | Thorndike, Edward Lee (1874–1949) ialah ahli psikologi pendidikan Amerika yang memberikan sumbangan yang besar dalam kajian pembelajaran, pengajaran dan ujian mental. Thorndike mencipta kotak teka-teki untuk menyiasat bagaimana haiwan seperti anjing dan kucing menyelesaikan masalah. Daripada kajiannya, dia mendapati bahawa haiwan tersebut biasanya akan mengulangi pergerakan yang berjaya sahaja. Cara ini membolehkan haiwan berkenaan mencapai penyelesaian akhir dengan cepat. | UMUM | |
MAINAN | Mainan ialah benda yang digunakan oleh kanak- kanak untuk bermain. Kanak-kanak di seluruh dunia bermain dengan mainan yang serupa, seperti bola, anak patung, permainan dan mainan teka-teki. Semenjak zaman purba lagi mainan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Sesetengah mainan membolehkan kanak-kanak bersuka-suka sambil belajar tentang dunia di sekelilingnya. Permainan dapat menolong mengajar kanak-kanak supaya bergaul dengan kanak-kanak lain. Mainan juga boleh menolong mereka belajar dan membina kemahiran khas. | UMUM | |