TEKNOLOGI VAKUM | Tekanan atmosfera boleh diterangkan dalam beberapa unit seperti berat turus raksa (Hg) pada suatu unit luas keratan rentas dengan ketinggian 760 mm. | FIZIK | Proses/Tindak Balas |
ANUGERAH RATU UNTUK EKSPORT DAN TEKNOLOGI | Anugerah Ratu untuk Eksport dan Teknologi, dianugerahkan kepada syarikat di United Kingdom yang memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam usaha meningkatkan eksport atau dalam inovasi teknologi (menggunakan kaedah baru atau mengeluarkan produk baru). Anugerah ini dapat dimenangi oleh mana-mana cabang industri, termasuk pertanian. Pemegang anugerah ini – sama ada untuk pencapaian dalam bidang pengeksportan atau dalam bidang teknologi – menerima replika lambang anugerah tersebut yang dibuat daripada besi dan dilekapkan pada blok yang lut sinar. Pemegang anugerah ini berhak mempamerkan lambang tersebut pada alat tulis yang dicetak dan pada produk mereka. Bagi anugerah eksport, lambang itu mempunyai huruf E di tengahnya. Bagi anugerah teknologi, ia mempunyai huruf T. | UMUM | Anugerah/Hadiah |
TEKNOLOGI | Teknologi merujuk kepada semua cara manusia menggunakan rekaan dan penemuan mereka untuk memenuhi keperluan dan keinginan mereka. Sejak manusia wujud di bumi, mereka terpaksa bekerja untuk mendapatkan makanan, pakaian, dan tempat berteduh. Manusia juga terpaksa bekerja untuk memenuhi keinginan masa lapang dan keselesaan mereka. Sepanjang zaman, manusia mereka alat, mesin, bahan, dan teknik untuk menjadikan kerja lebih mudah. Manusia juga menemui kuasa air, kuasa elektrik, dan lain-lain sumber kuasa yang meningkatkan kadar kerja mereka. Oleh itu, teknologi melibatkan penggunaan alat, mesin, bahan, teknik, dan sumber kuasa untuk menjadikan kerja lebih mudah dan lebih produktif. Komunikasi moden dan pemprosesan data juga bergantung pada teknologi, terutamanya elektronik. | UMUM | |
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA | UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, universiti pertama khusus untuk bidang sains dan teknologi. Sejarah awal Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula dengan pembukaan Sekolah Teknik pada tahun 1904. Objektif utama mewujudkan sebuah sekolah teknik ketika itu adalah untuk melatih tenaga pekerja bagi mengendalikan pembangunan prasarana seperti jalan kereta lembu dan jalan kereta api yang menghubungkan pusat-pusat perlombongan ke bandar pesisiran Selat Melaka seperti Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Oleh itu, bagi menampung keperluan yang mendesak ini sebuah sekolah teknik amat diperlukan. Sebuah dana permulaan yang berjumlah $300 000 daripada seorang dermawan telah diwujudkan pada tahun 1904 untuk tujuan pembinaan sekolah tersebut di Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
INSTITUT TEKNOLOGI NUKLEAR (ITN) | | UMUM | |
INSTITUT TEKNOLOGI MARA (ITM) | | UMUM | |
INSTITUT PENYELIDIKAN TEKNOLOGI NUKLEAR MALAYSIA | Institut melakukan kajian nuklear. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
INSTITUT TEKNOLOGI MARA | INSTITUT TEKNOLOGI MARA, pusat pengajian tinggi. Institut Teknologi MARA atau ringkasnya ITM ditubuhkan pada tahun 1967. Sebelum ini, ITM dikenal dengan nama Maktab MARA yang ditubuhkan pada tahun 1965. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PUSAT SAINS NEGARA | Pusat Sains Negara ialah pusat pembelajaran informal tentang sains dan teknologi. Ia ditubuhkan berasaskan falsafah pembelajaran menerusi penerokaan dan penemuan demi meningkatkan kefahaman serta menimbulkan rasa ingin tahu tentang sains dan teknologi. | UMUM | |
AL JAZEERA | Institusi yang berkaitan dengan komunikasi maklumat | TEKNOLOGI | Institusi/Organisasi |