TELUR | Telur ialah perkataan yang merujuk kepada telur ikan, moluska, amfibia, dan haiwan-haiwan lain. Biasanya telur demikian dikeluarkan banyak-banyak kerana banyak daripadanya dimakan oleh haiwan akuatik. Telur ini tidak mempunyai cangkerang dan mesti diletakkan dalam air untuk mencegahnya daripada kering. Telur ikan tertentu, terutamanya <i> sturgeon i> , digunakan untuk membuat <i> kaviar i> . Lihat juga Ikan (Bagaimana ikan membiak); Kaviar; Salmon (Kehidupan salmon); Sturgeon. Telur. Hampir semua haiwan mengeluarkan telur. Tetapi hanya haiwan tertentu, seperti burung, meneran telur keluar dari badan. Fungsi utama telur untuk mengeluarkan anak. | UMUM | |
BUNGA TELUR | BUNGA TELUR, telur yang dihadiahkan kepada tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan orang Melayu. Bunga telur itu merupakan suatu tanda simbolik untuk menebus sebarang kelemahan atau kekurangan yang mungkin berlaku sepanjang majlis itu | BUDAYA | Kraf Tangan |
BUNGA TELUR, | BUNGA TELUR, telur yang dihadiahkan kepada tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan orang Melayu. Bunga telur itu merupakan suatu tanda simbolik untuk menebus sebarang kelemahan atau kekurangan yang mungkin berlaku sepanjang majlis itu | BUDAYA | Kraf Tangan |
TELUR MASIN | TELUR MASIN, telur yang diperam atau direndam dalam air yang dimasak dengan garam. Telur ini akan menjadi cukup masin selepas direndam selama 30 hingga 40 hari. Telur masih boleh dibuat daripada telur ayam atau telur itik. | BUDAYA | Konsep |
MOD | Mod dalam statistik, ialah nilai mana-mana kumpulan yang muncul paling kerap. Contohnya, seorang budak mengira telur dalam 77 sarang burung. Dia mendapati empat sarang mempunyai sebiji telur dalam setiap sarang, 65 sarang mempunyai dua biji telur, lima sarang mempunyai tiga biji telur, dan tiga sarang mempunyai empat biji telur. Sarang yang mempunyai dua biji telur ialah yang paling banyak. Oleh yang demikian, dua ialah <i>mod i>atau <i> nilai mod i> dalam kumpulan nombor ini. Mod ialah nombor <i>purata i>yang digunakan dalam bidang statistik. | UMUM | |
PERSENYAWAAN | Persenyawaan ialah proses penyatuan sel seks jantan dan betina untuk membentuk individu baru. Ia adalah langkah pertama dalam pembiakan seks. Sistem pembiakan jantan mengeluarkan sel seks yang disebut <i> spermatozoa i> , atau <i> sperma i> . Sistem pembiakan betina mengeluarkan sel seks yang disebut <i> telur i> . Telur yang tersenyawa, yang terhasil daripada penyatuan sperma dan telur, dikenali sebagai <i> zigot i> . Apabila zigot membesar lagi, ia menjadi <i> embrio i> . Rencana ini membincangkan persenyawaan di kalangan haiwan. Untuk maklumat tentang persenyawaan di kalangan tumbuhan, lihat Tumbuhan (Bagaimana tumbuhan membiak). | UMUM | |
TIUB FALOPIO | Tiub Falopio , yang juga dinamakan <i> salur ovum i> atau <i> salur tiub uterus i> adalah satu daripada sepasang organ pembiakan perempuan tempat telur dari ovari lalu untuk ke uterus. Tiub Falopio ialah tempat telur disenyawakan oleh sperma lelaki. Lihat Pembiakan manusia (Sistem pembiakan manusia; gambar). | UMUM | |
KAVIAR | Kaviar ialah telur masin ikan sturgeon, sekumpulan ikan besar. Kaviar dianggap sebagai hidangan istimewa di banyak bahagian di dunia. | UMUM | |
KARI | Kari ialah gulai yang dibuat daripada telur, ikan, daging, atau sayur-sayuran yang dimasak bersama rempah ratus. | UMUM | |
AYAM ITIK | Ayam itik ialah haiwan yang dipelihara bagi mendapatkan daging dan telur untuk dijadikan makanan. Ayam dan ayam belanda merupakan jenis ternakan yang paling banyak dipelihara. Ternakan lain yang penting termasuklah itik, angsa, ayam mutiara dan ayam denak. Sesetengah jenis ternakan ini sangat berharga di negara-negara tertentu. Contohnya, ayam mutiara dan itik nila adalah ternakan penting di Perancis, manakala petani di bahagian timur Eropah pula memelihara banyak angsa. | UMUM | |