PERTUKANGAN TEMBAGA | PERTUKANGAN TEMBAGA, kemahiran menghasilkan barangan yang dibuat daripada tembaga dan tukang barangan tersebut dipanggil pandai tembaga. Hampir semua barangan yang dihasilkan daripada tembaga digunakan untuk keperluan harian ataupun untuk upacara adat istiadat. Biasanya harga barangan tembaga lebih murah daripada barangan yang diperbuat daripada emas dan perak. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KALKOPIRIT | Kalkopirit adalah satu daripada bijih tembaga yang paling banyak didapati dan sumber penting bagi tembaga tulen. Kalkopirit terdiri daripada tembaga, besi, dan sulfur. Ia berwarna kuning loyang dan berkilat. | UMUM | |
TEMBAGA | Tembaga, merupakan salah satu logam yang paling berguna semenjak lebih dari 7000 tahun. Kini, kegunaan logam yang berwarna oren kemerahan-merahan ini begitu meluas, iaitu daripada pembuatan palung air di rumah hinggalah kepada pembinaan sistem panduan elektronik bagi roket. | UMUM | |
ZAMBIA | Zambia ialah negara di selatan tengah Afrika. Negara ini ialah salah satu pengeluar tembaga yang terbesar di dunia. Zambia mengeksport tembaga ke banyak bahagian dunia dan memperoleh pendapatan yang banyak daripada eksportnya itu. | UMUM | |
SANGA | Sanga ialah bahan bukan logam-logam yang dikeluarkan semasa proses membuat besi jongkong, melebur tembaga, plumbum, dan logam- logam lain. Sanga dari relau bagas keluli mengandungi sulfur dan silikat kalsium, magnesium, dan aluminium. Sanga dari relau tembaga dan relau melebur plumbum mengandungi besi silikat, dan oksida logam lain dalam kuantiti yang kecil. Sanga dari relau keluli mengandungi kapur, besi oksida, dan silika. Biasanya, bahan ini dilebur sekali lagi untuk mendapatkan besi. Sanga kadangkala digunakan untuk membuat simen dan jalan raya. | UMUM | |
TELURIUM | Telurium ialah unsur kimia dengan simbol Te. Ia adalah separa logam. Telurium tulen biasanya didapati sebagai keluaran sampingan dalam penapisan tembaga. Secara semula jadi, unsur ini paling sering wujud berpadu dengan logam seperti tembaga, emas, plumbum, raksa, dan perak. Telurium adalah penting dalam pembuatan aloi tertentu dan dalam penyelidikan separa pengalir. Ia berfungsi sebagai agen perawatan bagi getah dan sebagai mangkin dalam penapisan petroleum. Ia juga digunakan untuk mewarnakan kaca dan seramik. Nombor atom telurium ialah 52, dan berat atomnya ialah 127.60. Telurium dalam bentuk hablur melebur pada 449.8 o C dan mendidih pada 989.9 o C. Telurium ditemui pada tahun 1782 oleh ahli kimia Austria, Franz Müller von Reichenstein. | UMUM | |
KALKOSIT | Kalkosit ialah bijih penting bagi tembaga. Formula kimianya ialah Cu2S. Kalkosit berwarna kelabu plumbum berkilat yang bertukar menjadi hitam apabila terdedah kepada udara. | UMUM | |
AKUATIN | Akuatin ialah kaedah menggores plat tembaga. Dalam akuatin, plat diusahakan dalam bentuk bongkah, yang biasanya digabungkan dengan garisan. Akuatin menghasilkan tekstur yang menyenangkan, berlorek dan berbutir-butir. | UMUM | |
DURALUMIN | Duralumin ialah istilah bagi mana-mana satu kumpulan aloi aluminium tembaga. | UMUM | |
PIUTER | Piuter ialah aloi yang mengandungi kebanyakannya timah. Ia juga mengandungi antimoni dan tembaga. Piuter berwarna putih metalik seakan-akan warna perak dan keemasan yang boleh berbeza-beza daripada kusam hingga bergilap. Ia digunakan dengan meluas untuk membuat barang-barang seperti mangkuk, kaki lilin dan set minuman. Piuter ialah aloi yang lembut dan mudah kemik. Barang-barang yang dibuat daripada piuter perlukan pengendalian yang cermat. | UMUM | |