Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.bi.kar] | تمبيکر

Definisi : 1. barang drpd tanah liat yg dibakar dan bergilap (cawan, mangkuk, pinggan, dll), seramik; 2. serpihan (pinggan, periuk, dll), beling, tembereng; ditetak belah, dipalu belah, ~ juga akan jadi-nya prb walau bagaimanapun diseksa atau disakiti kesudahannya mati jadi mayat juga; hendaklah spt ~, pecah semua prb hendaklah hidup bermuafakat antara satu dgn lain; mem­beri makan anjing di ~, memberi makan gajah dgn alatnya prb tiap-tiap perbuatan yg dilakukan itu hendaklah bersesuaian dgn tempat dan keadaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bi.kar] | تمبيکر

Definisi : 1 barang-barang (spt pinggan, mangkuk) yg dibuat drpd tanah liat yg dibakar dan bergilap. 2 serpihan atau pecahan pinggan mangkuk dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembikar (kata nama)
Bersinonim dengan porselin, seramik.,

Peribahasa

Jangan berebutkan tembikar pecah.

Bermaksud :

Janganlah berkelahi kerana memperebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEMBIKAR

Tembikar atau barang tembikar ialah sejenis

barang hiasan berguna yang dibuat daripada tanah

liat bakar. Ia terdiri daripada karya seni yang

bernilai yang dicipta oleh pembuat tembikar

profesional hingga kepada tempat abuk rokok dan

lain-lain benda mudah yang dibuat oleh pembuat

tembikar amatur. Di samping itu, barang tembikar

termasuk juga set makan malam, vas, dan lain-lain

barang rumah. Kilang yang membuat tembikar

dinamakan kilang tembikar.

UMUM 
TERRACOTTA

Terracotta ialah sejenis barang tembikar yang

keras dan tahan lama. Seperti barang tembikar

yang lain, terracotta dibuat daripada sejenis tanah

liat yang dibakar. Warnanya berbagai-bagai, iaitu

daripada warna kuning pucat dan warna coklat

hinggalah kepada berbagai-bagai warna merah.

Terracotta biasanya tidak diglis. Terracotta

digunakan dengan meluas untuk membuat pasu

bunga, air pancut, jubin, hiasan seni bina, dan arca

hiasan taman. Oleh sebab terracotta mudah

dibentuk, ramai pengarca menggunakannya untuk

membuat model awal. Terracotta berkembang

pada zaman prasejarah. Orang Yunani dan Rom

purba menggunakan bahan ini untuk membuat

objek hiasan, di samping talang, paip, dan bahan

binaan lain. Perkataan terracotta berasal daripada

perkataan Itali yang bermaksud “tanah masak”.

UMUM 
MAJOLICA

Majolica ialah sejenis tembikar yang disepuh

dengan oksida timah untuk menghasilkan warna

putih yang lembut. Kadang-kadang namanya dieja

sebagai maiolica. Reka bentuk dicat pada latar

belakang yang putih dengan oksida logam yang

lain. Oksida-oksida ini mengubah berbagai-bagai

warna pada latar belakangnya apabila tembikar itu

dibakar. Majolica diberi nama sempena nama

pulau Majorca, Sepanyol, tempat tembikar

dieksport ke Itali. Pusat untuk menghasilkan

tembikar ini berkembang di seluruh Itali.

UMUM 
KEBERALIRAN LAMPAU

Keberaliran lampau ialah fenomena apabila

logam tertentu, aloi dan tembikar mengalirkan

elektrik tanpa rintangan. Keberaliran daripada

logam dan aloi berlaku pada suhu hampir sifar

mutlak, iaitu –273.15 ° C. Plumbum, raksa dan timah

menjadi pengalir lampau yang baik pada suhu

tersebut. Sesetengah tembikar menjadi pengalir

lampau pada suhu setinggi –148 ° C.

UMUM 
POTTERIES

Potteries ialah nama daerah di utara

Staffordshire, England, yang terkenal dengan

pembuatan barangan tembikar dan tanah liat.

UMUM 
DWIGHT, JOHN

Dwight, John (1635?–1703), orang

Inggeris yang awal dan penting sebagai tukang

tembikar pasu bunga.

UMUM 
PIROMETRI

Pirometri ialah sistem mengukur suhu. Ia

biasanya merujuk kepada suhu yang terlalu tinggi

untuk diukur dengan termometer. Dalam tanur

tembikar, bukan sahaja suhu, tetapi juga kesan

haba perlu diukur. Kon pirometrik , atau kon

Seger, kadangkala digunakan. Kon kecil

berbentuk piramid ini dibuat daripada tanah liat

dan garam, dan akan cair pada suhu tertentu

dalam tempoh tertentu. Lingkaran tanah liat yang

tidak terbakar juga digunakan di dalam tanur

untuk mengukur kesan haba.

UMUM 
KELIANGAN

Keliangan ialah kewujudan banyak lubang atau

ruang kecil dalam sesuatu bahan. Dalam

sesetengah bahan berliang, seperti arang, barang

tembikar dan span, lubangnya bercantum. Gas dan

cecair boleh melalui lubang ini. Dalam bahan

berliang yang lain, ruang kecil di dalamnya

terpisah dari satu dengan yang lain oleh bahan

pejal. Batu bata dan jenis getah busa tertentu

adalah contoh bahan berliang jenis ini. Bahan ini

biasanya berupaya menyerap cecair dan gas.

UMUM 
KESENIAN CELT

Kesenian Celt. Orang Celt melahirkan bakat

besar kesenian mereka pada seni dan kraf seperti

kerja logam, seni arca, dan seramik (seni tembikar).

UMUM 
SENI HIAS

Seni hias ialah istilah yang digunakan untuk

pelbagai kategori termasuk perabot, kerja kayu,

dan kaca. Istilah seni hias juga merujuk kepada

seramik (porselin dan tembikar) dan kerja logam

(emas, perak, gangsa, dan logam-logam lain).

UMUM 
123

Kembali ke atas