Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tém.bo/] | تيمبوق

Definisi : (témbok) I 1. dinding yg dibuat drpd batu bata dll, benteng drpd batu dll; 2. tambak yg dibina drpd batu bata dll; 3. ki sesuatu yg memisahkan atau mengasingkan: akhbar dapat memecahkan ~-~ kedaerahan dan kenegerian dan memusnahkan semangat sempit itu; ~ beton Id tembok drpd campuran kerikil, pasir dan simen (utk tiang rumah, dinding, dll); ~ kering ki orang yg sangat kedekut; ~ penahan binaan, biasanya drpd konkrit, yg dibina di lereng bukit, tebing sungai dsb utk menahan tanah, batuan drpd runtuh; menembok mendinding dgn tembok, menam-bak (meninggikan) dgn tembok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.bo/] | تيمبوق

Definisi : (témbok); menembok Jw melekat-kan lilin pd bahagian kain yg hendak dibiarkan putih (apabila membatik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.bo/] | تيمبوق

Definisi : (témbok); menembok menyejuk­kan air panas dll dgn mengacau-ngacaukannya (menuang-nuangkan ke bekas lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.bo/] | تيمبوق

Definisi : /témbok/ 1 dinding atau benteng yg dibuat drpd batu bata dll. 2 tambak yg dibuat drpd batu dll. ~ penahan binaan drpd konkrit di lereng bukit, tebing sungai dsb utk menahan tanah, batuan dsb drpd runtuh. menembok mendinding atau menambak dgn tembok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembok
Rujuk :tambak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEMBOK ROM

Tembok Rom ialah tembok penghalang yang

dibina oleh orang Rom di kawasan yang tidak

terdapat sempadan jajahan yang semula jadi.

Menjelang tahun 100 M., mereka telah membina

satu garisan tembok di negara yang kini ialah

Romania dan Jerman. Mereka kemudiannya

membina Tembok Hadrian dan Tembok Antonine

di sepanjang sempadan utara wilayah Britain yang

mereka jajahi. Tembok ini yang dikenali sebagai

Hadrian dan Antoninus Pius sempena nama dua

maharaja Rom, dan kemudiannya menjadi tembok

Rom yang paling masyhur.

UMUM 
TEMBOK ANTONINE

Tembok Antonine lihat Tembok Rom; United

Kingdom.

UMUM 
TEMBOK HADRIAN

Tembok Hadrian dibina oleh Maharaja Rom,

Hadrian, pada tahun 120-an M. merentasi utara

Britain di antara Solway Firth dengan muara Sungai

Tyne. Tembok ini dibina untuk menandakan

sempadan Britain Rom, dan untuk menghalang

serangan dan penyeludupan oleh kaum Pict dan Scot.

Sebahagian tembok dibina menggunakan batu

dan sebahagian lagi merupakan tetembok daripada

rumput. Terdapat beberapa kubu kecil, dikenali

sebagai milecastle (kastil sebatu) , dibina selang

sebatu (kira-kira 1.6 kilometer) setiap satu di

sepanjang tembok ini, di samping 23 kubu besar ini.

Vallum ialah parit yang selari dengan tembok. Banyak

bahagian tembok ini masih kukuh hingga kini.

Lihat juga Tembok Rom.

UMUM 
TEMBOK BESAR CHINA

Tembok Besar China ialah struktur terpanjang

yang pernah dibina. Panjangnya kira-kira 6400

kilometer, dan keseluruhannya dibina dengan

tangan. Tembok itu merentasi utara China antara

pantai timur dengan utara tengah China. Untuk

lokasi, lihat China (peta politik).

UMUM 
TEMBOK BERLIN

Tembok Berlin dibina pada tahun 1961 untuk

membahagikan dua bahagian kota Berlin –

bahagian komunis di Berlin Timur, dan bukan

Komunis di Berlin Barat. Berlin berada jauh di

wilayah di bawah kuasa Komunis, di Berlin Timur,

tetapi pasukan berikat Barat di Jerman Barat

menguasai Berlin Barat. Jerman Timur yang

disokong oleh Kesatuan Soviet, membina Tembok

Berlin untuk menghalang orang Jerman Timur

berhijrah ke Jerman Barat.

UMUM 
ESPALIER

Espalier ialah kaedah melatih pokok buah

atau pokok renek tumbuh mengikut bentuk

tertentu pada junjung, pada kekisi atau pada

tembok.

UMUM 
TARTARUS

Tartarus, mengikut mitos Yunani yang awal,

ialah sebuah lubang yang dalam di bawah

permukaan bumi. Jauhnya ke dalam perut bumi

adalah sejauh muka ke langit. Tembok tinggi dan

sebatang sungai berapi yang dikenal sebagai

Phlegethon (atau Pyriphlegethon) mengelilingi

Tartarus.

UMUM 
TARTARY

Tartary, pada masa dahulu ialah nama bagi

sebuah wilayah yang sangat besar di Eropah dan

Asia yang didiami oleh puak Tartar. Wilayah ini

terletak di luar Tembok Besar China merangkumi

bahagian utara China, Mongolia, Xinjiang, dan

bahagian selatan Rusia. Kini, nama Tartary

selalunya digunakan cuma pada kawasan yang

dikenal sebagai Xinjiang atau Turkestan China dan

juga sebahagian besar bahagian barat Mongolia.

UMUM 
TAMAN NEGARA MESA VERDE

Taman Negara Mesa Verde ialah satu kawasan

taman di Amerika Syarikat. Ratusan tahun dahulu,

Orang Asli Amerika membina tempat tinggal di

tebing kawasan penara tinggi di sepanjang tembok

ngarai, yang merupakan sebahagian daripada

dataran tinggi terbesar di barat daya Colorado,

Amerika Syarikat. Sebahagian daripada kawasan

petempatan cenuram masih lagi wujud sehingga

kini. Pada tahun 1906, Kongres Amerika Syarikat

telah memperuntukkan kawasan ini sebagai taman

negara. Taman ini dinamakan Mesa Verde

(perkataan Sepanyol bererti meja hijau ), kerana ia

dipenuhi oleh hutan pokok juniper dan pokok pain

piñon.

UMUM 
ATHLONE

Athlone (pend. 8768) ialah bandar yang terbesar

di Westmeath, Republik Ireland. Bandar ini terletak

112 kilometer di barat Dub lin di tebing Sungai

Shannon. Untuk lokasinya, lihat Ireland (peta).

Terdapat tinggalan tembok yang dibina dari tahun

1500-an dan tinggalan biara Franciscan yang dibina

dari tahun 1200-an di bandar ini.

Athlone mempunyai industri benang bulu dan

tekstil. Ia juga merupakan pusat pasaran bagi

ladang di sekitarnya. Sebuah pemancar radio

didirikan dekat Athlone pada tahun 1933.

UMUM 
12

Kembali ke atas