TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN | TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN ( ? -1825), Temenggung Seri Maharaja Johor, putera Daeng Kechil atau Engku Abdul Hamid. Dia dilantik sebagai Temenggung Seri Maharaja oleh Sultan Mahmud Syah III (1761-1812) pada tahun 1806, memerintah Johor, Singapura dan pulau-pulau sekitarnya. Pada mulanya dia tinggal di Bulang, tetapi pada tahun 1811, Temenggung Abdul Rahman bersama-sama keluarga dan pengikutnya berpindah ke Singapura. Temenggung Abdul Rahman mempunyai beberapa orang putera, antaranya ialah Daeng Ronggek atau Daeng Ibrahim, yang kemudiannya menjadi Temenggung Johor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, TUN | Temenggung Jugah anak Barieng, Tun (1900–1981) ialah ahli politik Sarawak. Dia merupakan salah seorang yang menandatangani Perjanjian Malaysia yang diadakan di London pada tahun 1963. Setelah Malaysia dibentuk, dia dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Sarawak sehingga tahun 1974. Ketika konfrontasi berlaku antara Malaysia dengan Indonesia pada tahun 1963, dia menganggotai delegasi Malaysia ke Bangkok pada tahun 1966 untuk mengadakan rundingan menamatkan konfrontasi itu. Pada tahun 1967, dia telah merapatkan hubungan suku kaum Kayan dan Kenyah Sarawak dengan suku kaum Kayan dan Kenyah Indonesia di Long Jawi, Kalimantan , Indonesia . | UMUM | |
PERJANJIAN TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN-SULTAN HUSIN-RAFFLES | PERJANJIAN TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN-SULTAN HUSIN-RAFFLES (1819), perjanjian yang menyebabkan Singapura menjadi tanah jajahan British. Perjanjian ini ditandatangani pada 6 Februari 1819 di antara Temenggung Abdul Rahman, Sultan Husin dan Raffles. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
TEMENGGUNG | TEMENGGUNG, pegawai atau jawatan pembesar dalam sistem politik dan birokrasi Melayu tradisional yang bertanggungjawab atas keselamatan dan ketenteraman dalam negeri. Dalam sistem tersebut, sultan atau raja menjadi ketua pemerintah dan pentadbir. Di bawah sultan terdapat sekumpulan pembesar negeri terdiri daripada bendahara, penghulu bendahari, temenggung, laksamana dan syahbandar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
ADAT TEMENGGUNG | ADAT TEMENGGUNG, sistem sosiobudaya peribumi tentang pemilikan, pewarisan dan kepimpinan yang terdapat dalam masyarakat Melayu yang mengamalkan sistem dwisisi. | BUDAYA | Konsep |
TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, TUN | TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, Tun (1900-1981), ahli politik. Dia lahir di Nanga Gaat, Kapit, Sarawak. Penglibatan awalnya dalam politik bermula pada 1 Mei 1924, apabila dia dilantik sebagai penghulu. Dia telah mendamaikan permusuhan yang telah lama berlaku antara kaum Iban dengan suku kaum Kayan, Kenyah dan Kajang. Semasa pendudukan Jepun (1941-1945), dia bersama-sama pengikutnya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menentang tentera Jepun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TANJUNG PUTERI | Tanjung Puteri ialah nama asal Johor Bahru dan pusat pemerintahan Temenggung Ibrahim yang terletak di tepi Selat Teberau. Konflik dalam kerajaan Riau-Lingga-Johor semenjak awal abad ke-18, berakhir dengan pembahagian kuasa terhadap kawasan dalam kerajaan Melayu terakhir itu. | UMUM | |
TELUK BELANGA | TELUK BELANGA, petempatan Temenggung Abdul Rahman dan pengikutnya selepas British menduduki Singapura. Teluk Belanga terletak di bahagian barat Sungai Singapura. Kawasan ini juga dinamakan Kampung Bahru atau Kampung Temenggung. Teluk Belanga pada mulanya ialah kawasan paya bakau, tetapi ia menjadi projek pertama pembangunan semula bandar di Singapura pada 14 Mac 1823, apabila Temenggung Abdul Rahman dan pengikutnya ditempatkan di sana. Namanya mengambil sempena nama ‘belanga’ yang kelihatan muncul di perairannya ketika Temenggung Abdul Rahman dan pengikutnya berpindah ke sana. Selain itu, dikatakan adanya sebuah busung dalam bentuk ‘belanga’ di kawasan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MAHARAJA ABU BAKAR | MAHARAJA ABU BAKAR (1833–1995), sultan dan pelopor pemodenan Johor. Baginda diputerakan pada 3 Februari 1833. Baginda adalah putera Temenggung Seri Maharaja Johor Daeng Ibrahim atau Daeng Ronggek. Apabila Temenggung Ibrahim meninggal dunia pada tahun 1862, jawatan temenggung disandang oleh puteranya, Abu Bakar. Abu Bakar yang pada mulanya memakai gelaran Temenggung, kemudian memakai gelaran Maharaja, pada tahun 1868. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUN MUTAHIR | TUN MUTAHIR ( ? -1510), bendahara kerajaan Melayu Melaka. Dia adalah anak Tun Ali dengan Tun Kudu, dan anak saudara kepada Tun Perak serta bapa saudara kepada Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Dia dilantik menjadi Temenggung semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488). Semasa menjadi Temenggung, dia tidak dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan sehingga menyebabkan sultan menjadi murka. Pada tahun 1500 dia dilantik menjadi Bendahara Melaka oleh Sultan Mahmud Syah atas cadangan Tun Senaja, bonda sultan bagi menggantikan Bendahara Tun Putih (1498-1500). Setelah menjadi Bendahara, dia menggunakan gelaran Bendahara Seri Maharaja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |