Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tém.po] | تيمڤو

Definisi : (témpo) ukuran waktu (pd muzik dll), irama: tiap-tiap lagu mempunyai ~ yg ter­tentu; bertempo mengikut tempo: sebuah lagu joget ~ perlahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.po] | تيمڤو

Definisi : /témpo/ ukuran waktu dlm muzik; irama: Tiap-tiap lagu mempunyai ~ yg tertentu. bertempo memakai atau mempunyai tempo. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tempo


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SONATA

Sonata ialah gubahan instrumental yang

mengandungi beberapa pergerakan. Sesebuah

sonata mempunyai kontras tempo dan kekunci,

tetapi pergerakannya adalah berkaitan antara satu

sama lain dari segi pemikiran. Sonata yang digubah

selepas pertengahan tahun 1700-an mengandungi

tiga atau empat pergerakan. Sonata klasik biasa

bermula dengan alegro yang hebat (pergerakan

rancak). Pergerakan kedua perlahan, berirama, dan

berlirik. Pergerakan ketiga yang hanya merupakan

pilihan, biasanya ringan dan lemah gemalai, dan

mungkin dalam bentuk tarian atau scherzo

(gurauan). Pergerakan terakhir atau finale mengikut

rentak rancak dan riang. Lihat juga Muzik klasik

(Bentuk sonata).

UMUM 
CHAIRUL HARUN

CHAIRUL HARUN (1940-      ), penulis dan wartawan Indonesia. Dia lahir pada bulan Ogos 1940 di Kayutanam, Sumatera Barat, Indonesia. Chairul berpendidikan Sekolah Dasar Kayutanam, Sekolah Menengah Pertama Solok, Sekolah Pelayanan Sosial Atas (1960), Solo dan akhirnya menuntut di Jurusan Publisistik Universitas Ibnu Khaldun, Jakarta tetapi tidak tamat. Dia pernah menjadi pegawai di Jabatan Transmigrasi di Palu, Sulawesi Tengah (1961-1963), wartawan harian Aman Makmur, Pekan Baru (1963-1965), wartawan Angkatan Bersenjata, Padang (1967-1968), ketua pengarang akhbar harian Haluan, Padang (1969-1970), pemberita majalah Tempo (1971-1979), dan sejak tahun 1960 menjadi pensyarah sambilan di Akademi Karawitan Indonesia di Padangpanjang, Sumatera Barat.

  

SASTERATokoh

Kembali ke atas