| PERIKANAN DARAT | PERIKANAN DARAT, aktiviti menangkap ikan air tawar di sungai, anak sungai, tasik, sawah, kolam dan muara sungai. Antara ikan yang sering ditangkap ialah bujuk, haruan, limbat, puyu, sepat, keli, tengas, seluang, baung, sebarau, kelah, jelawat, kelaba, patin, lampan, toman dan tilapia. | BUDAYA | Konsep |
| NOORJAYA | NOORJAYA (1931 - ), penulis. Dia lahir pada 12 November 1931 di Kampung Sungai Tengas, Kulim, Kedah. Nama sebenarnya ialah Md. Noor @ Mohd. Nasir bin Salleh. Dia juga menggunakan nama samaran Noorsalihi. | SASTERA | Tokoh |