OTAK-OTAK | OTAK-OTAK, sejenis lauk yang dibuat daripada isi ikan atau udang yang dicampur dengan kelapa, rempah-rempah dan herba, dibungkus dalam daun kelapa dan dipanggang. Ada dua cara membuat otak-otak. Di utara Semenanjung Malaysia, ketulan isi ikan seperti ikan tenggiri dibungkus di dalam daun pisang dan dikukus. Ikan itu dicampur dengan santan, daun-daun herba, tempah dan kadang-kadang telur. | BUDAYA | Makanan |
PERIKANAN LAUT | PERIKANAN LAUT, aktiviti menangkap ikan di pesisiran pantai dan di laut dalam. Umumnya, perikanan laut menggunakan alat menangkap ikan seperti pancing, rawai, bubu, kelong, belat dan pukat. Anak ikan atau sotong digunakan sebagai umpan untuk pancing dan rawai. Antara ikan yang ditangkap termasuklah kurau, yu, talang, jenahak, alu-alu, pari, landuk, tenggiri, gerpoh dan senangin. Biasanya hasil tangkapan ini adalah untuk kegunaan sendiri atau dijual. | BUDAYA | Konsep |
SEKOCI | SEKOCI, sejenis pengangkutan di air yang digunakan oleh para nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia untuk ke laut menangkap ikan. Jenis sekoci yang besar berukuran antara 8.2 m hingga 8.5 m panjang dan 1.5 m lebar dan digunakan semasa menjaring atau memukat. Jenis sekoci yang kecil pula mempunyai ukuran antara 4.5 m hingga 4.9 m panjang dan 1 m luas bukaan perut di bahagian peminggang. Sekoci kecil digunakan oleh nelayan semasa ke laut mengolak ikan parang atau ke laut perai mengail tenggiri. | BUDAYA | Kenderaan/Pengangkutan |