TENTERA LAUT | Tentera laut ialah cabang angkatan bersenjata negara yang terdiri daripada kapal perang dan kapal bantuan, anak kapal dan pangkalan darat serta pegawai masing-masing. Kebanyakan angkatan tentera laut dunia juga memiliki tentera udara. Sesetengah tentera laut merangkumi angkatan tempur yang dikenali sebagai marin, yang dilatih untuk bertempur di udara dan di darat. | UMUM | |
ADMIRALTI | Admiralti (Jabatan Tentera Laut ) ialah nama tradisional untuk jabatan kerajaan yang mengendalikan hal ehwal tentera laut. | UMUM | |
PERKHIDMATAN BERSENJATA | Perkhidmatan bersenjata lihat Tentera darat, Tentera laut, Tentera udara, juga di bawah negara, seperti Australia , Angkatan bersenjata. | UMUM | |
PANGKALAN TENTERA LAUT PEARL HARBOR | Pangkalan Tentera Laut Pearl Harbor Hawaii, Amerika Syarikat, ialah pusat kuasa tentera laut Amerika Syarikat di Lautan Pasifik. Ia meliputi kawasan seluas 8900 hektar di Pulau Oahu dan terletak di barat tengah Honolulu. | UMUM | |
NELSON, HORATIO | Nelson, Horatio (1758–1805) ialah laksamana dan wira tentera laut Great Britain yang teragung. Nelson mengalahkan gabungan tentera Perancis dan Sepanyol di Trafalgar. Ini merupakan kemenangan tentera laut yang terhebat dalam sejarah British. Kemenangannya melemahkan kuasa tentera laut Perancis, dan memartabatkan keagungan pemerintahan British di laut sepanjang tahun 1800-an. | UMUM | |
NAVY JACK | Navy Jack ialah bendera Tentera Laut Amerika Syarikat. Ia mempunyai 50 bintang berwarna putih dan berlatarbelakangkan warna biru. Ia kelihatan seperti bahagian bucu berwarna biru dan putih pada bendera Amerika Syarikat. | UMUM | |
PERISTIWA TRENT | Peristiwa Trent ialah peristiwa tentera laut pada tahun pertama Perang Saudara Amerika. Ia hampir mengheret England dalam konflik di Selatan. Pada musim luruh tahun 1861, dua orang pegawai yang mewakili pihak Gabungan , James M. Mason dan John Slidell belayar ke Eropah dengan misi mendapatkan bantuan Perancis dan England yang berkecuali agar membantu pihak Selatan. Oleh sebab kapal-kapal pihak Utara mengepung pelabuhan-pelabuhan Selatan, mereka terpaksa menaiki kapal British, iaitu Trenc di Havana, Cuba . Charles Wilkes, komander U.S.S. San Jacinto menahan kapal British itu tanpa arahan untuk berbuat demikian. Dia menangkap Mason dan Slidell dan dibawa ke Boston, Massachusetts. Tindakan ini mencabuli prinsip kebebasan di lautan kerana England adalah negara berkecuali. | UMUM | |
MARY ROSE | Mary Rose ialah kapal tentera laut Raja Henry VIII England yang karam berdekatan Portsmouth pada tahun 1545. | UMUM | |
KAPAL PERANG | Kapal perang ialah kapal tempur tentera laut. Sesetengah kapal perang mampu menyerang pesawat udara, kapal permukaan, dan kapal selam musuh. | UMUM | |
SIMONSTOWN | Simonstown (pend. 5130) ialah bandar dan pangkalan tentera laut yang terletak di Teluk Simon, iaitu sebahagian daripada Teluk False berhampiran Cape Town, Afrika Selatan. Bandar ini terletak di bahagian timur pantai Semenanjung Cape, kira-kira 40 kilometer ke selatan Cape Town. | UMUM | |