Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[téo.lo.gi] | تيولوݢي

Definisi : (téologi) ilmu bkn ketuhanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teologi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEOLOGI

Teologi ialah kajian dan keterangan mengenai

Tuhan ataupun pernyataan mengenai kepercayaan

agama. Perkataan Inggeris theology berasal

daripada perkataan Yunani theos (tuhan) dan logos

(percakapan). Teologi mendalami persoalan

seperti: “Adakah Tuhan wujud? Bagaimanakah sifat

Tuhan? Apakah hubungan Tuhan dengan dunia

dan penghuninya? dan Bagaimana manusia

mengenali atau mengalami kewujudan Tuhan?”

Sesetengah cabang teologi mengamati sejarah

agama atau kajian kitab-kitab. Manakala cabang

teologi yang lain pula mengamati pembelaan

doktrin agama daripada pandangan yang

bertentangan ataupun penerapan doktrin tersebut

dalam kehidupan seharian.

UMUM 
ALBERTUS MAGNUS, SAINT

Albertus Magnus, Saint (1206?–1280) ialah ahli

teologi, ahli falsafah, dan ahli sains Kristian kelahiran

Jerman. Kehebatannya terletak pada kesedarannya

tentang perbezaan antara teologi dengan falsafah,

dan antara kebenaran wahyu dengan sains uji kaji.

UMUM 
SKOLASTISISME

Skolastisisme ialah sistem falsafah yang

menekankan penggunaan taakulan dalam

menerokai persoalan falsafah dan teologi.

Kumpulan sarjana khususnya cuba membuktikan

kebenaran doktrin Kristian. Mereka juga cuba

menyelesaikan pendapat yang bertentangan

dalam teologi Kristian. Skolastisisme mempunyai

pengaruh yang amat kuat dari tahun 1000-an

hingga tahun 1400-an, terutama pada tahun 1200-

an. Kebanyakan para ilmuwan mengajar di sekolah

dan di universiti di barat Eropah.

UMUM 
ABELARD, PETER

Abelard, Peter (1079–1142) ialah tokoh falsafah dan

ahli teologi pada Zaman Pertengahan. Tetapi dia

lebih terkenal kerana hubungan cintanya dengan

seorang wanita muda bangsa Perancis yang

berbakat, bernama Heloise. Abelard lahir

berhampiran dengan Nantes, Perancis. Bapanya,

seorang bangsawan, merancang kerjaya dalam

tentera untuknya, namun Abelard memilih untuk

menjadi seorang ilmuan. Dari tahun 1113 hingga

tahun 1118, dia mengajar ilmu teologi di Paris. Di sini

dia mengasaskan dua sekolah, yang seterusnya

berkembang menjadi University of Paris.

UMUM 
ARIANISME

Arianisme ialah pandangan teologi Kristian awal

yang diajarkan oleh Arius, paderi di Iskandariah,

Mesir. Kira-kira pada tahun 318 M., Arius dan

pengikutnya menolak doktrin bahawa ketiga-tiga

orang dalam Triniti Kristian–Bapa, Anak dan Roh

Kudus – adalah sama. Arius menafikan bahawa

Jesus Christ sebagai Anak adalah benar-benar

tidak pernah berbuat salah. Arius mengajar

bahawa Anak dicipta oleh Tuhan sebagai Bapa

dan lebih rendah daripada-Nya. Mengikut Arius,

Jesus tidak kekal tetapi seorang yang mulia yang

dicipta oleh Tuhan untuk menebus dosa manusia.

Arius percaya bahawa Bapa dan Anak lebih mulia

daripada Roh Kudus.

UMUM 
ANSELM, SAINT

Anselm, Saint (1033–1109), ahli teologi

berpengaruh dan pemimpin gereja pada zaman

kegelapan. Dia menjadi terkenal kerana tulisannya

yang bertajuk Monologion dan Proslogion . Dalam

kedua-dua karya ini Anselm cuba membuktikan

kewujudan Tuhan dengan menggunakan logik.

UMUM 
TILLICH, PAUL

Tillich, Paul (1886–1965) ialah ahli teologi

kelahiran Jerman yang terkenal. Tillich ialah

pelajar kebudayaan yang pintar. Dalam bukunya

Theology of Culture (1959), dia menganalisis

bentuk kebudayaan dengan memaparkan dimensi

keagamaan yang terdapat dalam semua kegiatan

kebudayaan. Tillich mengetengahkan teori simbol

dan mitos keagamaan yang dibincangkannya

dalam Dynamics of Faith (1957). Maha karyanya

yang terbaik ialah Systematic Theology (1951,

1959, 1963) yang diterbitkan dalam tiga jilid.

Dalam buku ini, Tillich mentafsirkan maksud

Tuhan dan Jesus Christ yang berhubung kait

dengan persoalan falsafah tentang kehidupan dan

pemikiran moden.

UMUM 
ARMINIUS, JACOBUS

Arminius, Jacobus (1560–1609) ialah ahli

teologi Belanda. Dia cuba memberi satu tafsiran

tentang pandangan penganut berfahaman Calvin

yang amat taksub tentang takdir , kenyataan

bahawa Tuhan telah memilih tanpa syarat, siapa

yang akan diselamatkan dan siapa pula yang akan

dilaknat. Arminius menafikan takdir secara mutlak.

Dia menyampaikan ajaran bahawa takdir

berasaskan bahawa Tuhan mengetahui terlebih

dahulu siapa yang percaya kepada Jesus.

Bagaimanapun, setiap individu masih boleh

menolak seruan murni Roh Kudus dan hilang

penyelamatnya. Oleh itu, adalah tidak benar

bahawa setiap orang akan terjamin untuk

terselamat daripada dosa pembalasan. Doktrin

Arminius ini dinamakan Arminianisme.

UMUM 
SUAREZ, FRANCISCO

Suarez, Francisco (1548–1617) ialah ahli

teologi Sepanyol yang agung dan pengasas

falsafah undang-undang antarabangsa. Dalam

karyanya yang masyhur, On Law, dia menentang

teori hak ketuhanan raja-raja dan memberi

penekanan terhadap keperluan persetujuan rakyat

dalam orde politik yang adil. Suarez berpendapat

bahawa idea empayar Kristian Zaman Pertengahan

tidak mungkin lagi diamalkan dengan kemunculan

pemerintahan sendiri kerajaan kebangsaan beraja.

Suarez lahir di Granada. Dia menjadi Jesuit pada

tahun 1564.

UMUM 
SERVETUS, MICHAEL

Servetus, Michael (1511–1553), doktor dan ahli

teologi Sepanyol. Huraiannya tentang peredaran

pulmonari dianggap sebagai satu laluan klasik

dalam ilmu fisiologi. Dia lahir di Tudela, Sepanyol,

dan belajar ilmu perubatan di Paris. Dia menjadi

pensyarah di Paris dan kemudian mengamalkan

bidang perubatan di beberapa bandar di Perancis.

Servetus tidak disukai oleh pihak berkuasa gereja

Katolik Roman dan juga Protestan. John Calvin

secara khususnya, mengecam Servetus kerana

enggan bersetuju dengan doktrin yang telah

diterima umum. Servetus akhirnya dibicarakan,

dituduh sebagai seorang penyeleweng agama,

dan dibakar di sebuah pancang di Champel,

Switzerland .

UMUM 
12

Kembali ke atas