RICARDO, DAVID | Ricardo, David (1772–1823) ialah ahli ekonomi British yang terkemuka pada awal tahun 1800-an. Dia membantu mewujudkan teori-teori ekonomi klasik , yang menekankan kepada kebebasan ekonomi melalui kebebasan perdagangan dan kebebasan persaingan. | UMUM | |
TEORI KUANTITI WANG | Teori dalam ekonomi | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Teori/Teorem/Hukum |
TEORI DUA SAPUT | Teori yang menjelaskan bahawa terdapat tiga rintangan terhadap proses pengangkutan, iaitu rintangan dalam fasa gas, fasa cecair dan permukaan sentuhan antara dua fasa tersebut, iaitu lapisan antara muka. Teori dua saput bersandar pada andaian bahawa terdapat satu lapisan saput yang nipis yang terbina di sempadan sistem. Rintangan terhadap proses pengangkutan dalam fasa gas atau cecair diwakili oleh rintangan yang terdapat dalam saput fasa tersebut. Fasa gas mempunyai komposisi komponen A yang lebih tinggi daripada fasa cecair. | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
TEORI SET | Teori set ialah satu cara untuk menyelesaikan masalah matematik dan penaakulan. Dengan mengkaji teori set, anda boleh memahami aritmetik dan matematik secara keseluruhannya dengan lebih baik. | UMUM | |
TEORI MAKLUMAT | Teori maklumat , memerihalkan bagaimana mesej dipancar dan diterima melalui sistem maklumat elektronik seperti televisyen, radio atau telegraf. Teori ini menyediakan hukum matematik bagi menentukan kebarangkalian bahawa semua bahagian mesej yang tersendiri, yang dikenal sebagai bit , akan dipancar tanpa sebarang herotan. Jurutera-jurutera elektronik kemudian menggunakan hukum tersebut bagi meningkatkan keupayaan, kecekapan, dan kejelasan sistem maklumat. Penerapan praktik hukum-hukum ini disebut sebagai sains maklumat. | UMUM | |
TEORI PERMAINAN | Teori permainan ialah satu kaedah mengkaji pelbagai situasi dalam membuat keputusan, apabila pilihan dua atau lebih individu atau kumpulan mempengaruhi satu sama lain. Ahli teori permainan mengandaikan situasi-situasi ini sebagai permainan dan pembuat keputusan sebagai pemain. | UMUM | |
TEORI PERTAUTAN | Teori pertautan lihat Hujan (Pembentukan hujan; rajah). | UMUM | |
TEORI NOMBOR | Teori nombor ialah cabang matematik yang berkaitan dengan sifat nombor asli, 1, 2, 3, 4.... Ahli matematik biasanya membahagikan sifat ini kepada sifat yang berkaitan dengan pendaraban dan yang berkaitan dengan penambahan. Penyataan yang dikenali sebagai teorem digunakan untuk menjelaskan sifat nombor asli. | UMUM | |
TEORI ATOM | Teori atom lihat Atom. | UMUM | |
TEORI BESAR DISATUKAN | Teori besar disatukan , juga dikenali sebagai GUT’s (Grand Unified Theories), cuba untuk menyatukan tiga daripada empat daya asas yang dianggap menguasai alam semesta. Ketiga-tiga daya ini, daripada yang terlemah hingga kepada yang terkuat, adalah (1) daya nuklear lemah, (2) keelektromagnetan, dan (3) daya nuklear kuat. Daya nuklear lemah bertanggungjawab terhadap pereputan radioaktif banyak jenis nukleus atom. Keelektromagnetan ialah daya yang mengikat elektron kepada nukleus. Daya nuklear kuat mengikat nukleus bersama-sama. Kegravitian, iaitu daya asas keempat, tidak termasuk dalam GUT’s. Kesan graviti terhadap satu atom atau nukleus adalah terlalu lemah hinggakan ahli sains tidak berupaya mengesannya. | UMUM | |